Loading...
BILAKAH RAHMAN DAHLAN MAHU DISIASAT?
Sedarkah kita bahawa mengaitkan Najib Razak dengan Malaysian Official 1 rupa-rupanya adalah suatu kesalahan?
Pada 1 Ogos lalu, Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua terpaksa mengadap Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia atau SKMM untuk diambil keterangannya kerana mengaitkan Najib Razak dengan Malaysian Official 1.
Menurut Tony Pua, SKMM memanggilnya setelah agensi itu difahamkan menerima lima aduan berikutan tulisannya di laman Facebook yang menuduh Najib sebagai Malaysian Official 1 susulan dokumen saman oleh Jabatan Kehakiman AS sebelum itu.
Siasatan terhadap beliau dilakukan mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia iaitu penggunaan kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian yang tidak wajar.

Selepas memberi keterangan, Tony Pua bagaimanapun bertegas bahawa beliau tidak melakukan sebarang kesalahan serta tidak akan memadam tulisannya yang mengaitkan Najib dengan Malaysian Official 1 itu.
Sehingga ini tidak diketahui apa nasib seterusnya kepada Ahli Parlimen DAP itu, sama ada akan didakwa atau dilepaskan begitu saja.
Tetapi dengan memanggil Tony Pua untuk diambil keterangannya kerana menuduh Najib sebagai Malaysian Official 1, jelas bahawa bagi SKMM perbuatan tersebut merupakan suatu kesalahan atau boleh disabitkan dengan kesalahan.
Dalam erti kata lain, Najib cuba dielakkan sebarang kaitannya dengan Malaysian Official 1 yang didakwa oleh Jabatan Kehakiman AS telah menerima AS$731 juta atau kira-kira RM3,000 juta daripada wang 1MDB yang dilencongkan melalui akaun bank peribadinya.
Untuk itu, mengaitkan atau menuduh Najib sebagai Malaysian Official seperti mahu dilihat sebagai suatu kesalahan juga.
Jika ianya tidak salah, sudah tentu SKMM tidak memanggil Tony Pua untuk diambil keterangannya, malah mengabaikan saja lima laporan yang diterima itu.
Oleh itu, jika tidak bersedia berdepan dengan penyiasatan SKMM, orangramai jangan cuba-cuba membuat tuduhan atau gatal tangan menulis di laman sosial mengaitkan Najib dengan Malaysian Official 1.
Tetapi, itu mungkin dulu.
Sekarang Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang merupakan Pengarah Komunikasi Strategik BN, Abdul Rahman Dahlan bahkan dengan bangga mengesahkan Najib adalah Malaysian Official 1.
Beliau bukan lagi menuduh atau mengaitkan Najib dengan Malaysian Official 1, tetapi juga mengesahkannya.
Pengesahan pula tidak dibuat melalui Utusan atau TV3, sebaliknya melalui BBC yang berpusat di London serta beritanya tersebar ke seluruh dunia.
Pengesahan pula tidak dibuat melalui Utusan atau TV3, sebaliknya melalui BBC yang berpusat di London serta beritanya tersebar ke seluruh dunia.
Jika menuduh atau mengaitkan Najib dengan Malaysian Official 1 boleh dikaitkan dengan kesalahan di bawah Akta SKMM, bagaimana dengan perbuatan Rahman Dahlan yang mengesahkannya?
Apakah agensi-agensi penguatkuasa lain tidak mahu melihat Rahman Dahlan mungkin telah melakukan kesalahan juga sebagaimana SKMM membuat penilaian terhadap Tony Pua?
Masihkah perbuatan mengaitkan, malah mengesahkan Najib sebagai Malaysian Official 1, suatu kesalahan atau sebaliknya sekarang ini?
Bilakah Rahman Dahlan akan disiasat atau beliau bakal menerima hukuman secara langsung daripada Najib sendiri tidak lama lagi?
Loading...
0 Response to "[KENAPA RAHMAN DAHLAN DIBIARKAN] Tony Pua pernah DISIASAT kerana Kaitkan Najib dengan MO1"
Posting Komentar