Loading...

Khairy Jamaluddin Dibicarakan

Loading...
Khairy Jamaluddin Dibicarakan. Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin Abu Bakar mendakwa kenyataan yang didakwa bersifat seksual mengenai bekas Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim telah diambil di luar konteks.

Beliau menafikan hari ini bahawa perkataan yang digunakan pada tahun 2008 termasuk frasa 'main belakang', bertujuan mempunyai apa-apa konotasi seksual.

Khairy Jamaluddin Dibicarakan. Sebaliknya, beliau menjelaskan bahawa perkataan itu boleh mempunyai makna yang lain seperti tikam belakang, dikhianati, atau dimainkan.

Beliau memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa ia bermaksud Anwar telah 'dipermainkan' DAP dan PAS, bukannya perkataan untuk merujuk kes liwat atau hubungan seks.

"Sama sekali tidak. Parti-parti politik tidak boleh melakukan hubungan seks. Ia hanyalah metafora," katanya, apabila soalan itu diajukan kepadanya oleh peguam Anwar, J Leela semasa pemeriksaan balas terhadap beliau.

RM100 juta sebagai ganti rugi

Khairy memberi keterangan di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman Azizul Azmi Adnan sebagai saksi pertama dalam saman fitnah Anwar terhadapnya.

Khairy Jamaluddin Dibicarakan


Anwar memohon RM100 juta sebagai ganti rugi teruk dan ganti rugi teladan daripada Khairy berikutan ucapan beliau pada 19 Februari 2008, yang kemudiannya dilaporkan oleh Malaysiakini pada hari berikutnya.

Ketua Umum PKR itu mendakwa ucapan Khairy memberikan gambaran bahawa beliau seorang yang homoseksual.

Khairy adalah Naib Ketua Pemuda Umno pada masa itu dan melancarkan jentera pilihan raya BN Lembah Pantai menjelang pilihan raya umum ke-12.

Hari ini adalah tarikh perbicaraan pertama untuk kes saman fitnah itu yang berlarutan selama lapan tahun termasuk disebabkan gagal dalam proses mediasi.

Semasa pendengaran, Khairy berhujah bahawa ucapan beliau bermaksud untuk menunjukkan bagaimana pembangkang - yang kemudiannya menjadi Pakatan Rakyat adalah hanya "perkahwinan singkat".

Beliau menegaskan Malaysiakini melaporkan sebahagian daripada ucapannya tetapi terlepas meletakkan perkataan itu dalam konteks yang betul.

Khairy Jamaluddin Dibicarakan


Beliau pada masa itu dilaporkan sebagai berkata, “DAP main PAS dari kanan, PAS main DAP dari kiri, PKR main dua-dua dari belakang!”

Perkataan dalam konteks

Khairy berkata sebelum mengeluarkan ucapa itu, dia juga menekankan bahawa parti pembangkang bersama-sama pada pilihan raya umum 1999 dan 2004.

Bagaimanapun, beliau berkata kerjasama seumpama itu akan berkecai selepas setiap kali pilihan raya dan tidak terkecuali pilihan raya 2008.

Sebaliknya, beliau berkata, BN berada dalam sebuah gabungan sejak Umno bersama MCA dan MIC pada tahun 1955 dan tidak pernah berpisah sejak itu.

Berdasarkan satu transkrip, beliau kemudiannya berkata, “Tapi pembangkang ini saudara-mara mungkin Datuk Norza tahu istilah ini pembangkang ini dia kahwin muta’ah... Kahwin muta’ah ini saudara-saudara, mazhab Syiah dia mangamalkan kahwin muta’ah. Dia kahwin satu malam, dia main malam tu, esok hari dia cerai, untuk menghalalkan maksiat.

Khairy Jamaluddin Dibicarakan. “Parti pembangkang ini dia kahwin muta’ah… dia kahwin PAS main DAP ikut kiri, DAP main PAS ikut kanan, Anwar main dua-dua ikut belakang… lepas tu… bila kalah dia cerai.

“Ini bukan untuk masa depan kita saudara-saudara…”




Iklan
Image




Loading...

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Khairy Jamaluddin Dibicarakan"

Posting Komentar