Loading...

MACAM KEJADIAN KAT SABAH JE, APA DAH JADI ?

Loading...

Indonesia bebaskan bot nelayan yang ditahan
TLDM
TLDM

LUMUT - Sebuah bot nelayan tempatan yang membawa lima awak-awak dibebaskan semalam selepas ditahan pihak berkuasa Indonesia di sempadan perairan Malaysia-Indonesia, berhampiran Pulau Jarak dekat sini, Ahad lalu.

Menurut kenyataan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Pusat Operasi Markas TLDM menerima satu panggilan kecemasan daripada Rakan Maritim (Rakam) mengenai penahanan itu pada jam 3.15 petang, Ahad lepas.

Berikutan itu, TLDM melancarkan operasi bersepadu menggunakan sebuah pesawat Super Lynx dan dua kapal KD Handalan serta KD Laksamana Tun Abdul Jamil bagi memintas pihak berkuasa Indonesia sekaligus mengelak bot berkenaan ditunda ke kawasan perairan negara jiran.

"Bagaimanapun, bot berkenaan ditunda ke Belawan, Indonesia, namun TLDM telah membuat rundingan awal dengan pihak berkuasa Indonesia mengenai kejadian tersebut.

"Hasil rundingan diplomasi dan hubungan akrab serta semangat setiakawan antara Malaysia dan Indonesia telah membawa kepada pembebasan bot itu kira-kira jam 9.30 pagi semalam," demikian menurut kenyataan TLDM di sini hari ini.

Kesemua awak-awak berkenaan dilaporkan selamat tiba di Pantai Remis dekat sini semalam. - Bernama
Loading...

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "MACAM KEJADIAN KAT SABAH JE, APA DAH JADI ?"

Posting Komentar