Loading...

Malaysia jadi negara tanpa undang-undang, kata Tun M

Loading...


Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, penubuhan Majlis Keselamatan Negara (MKN) telah menggantung undang-undang di Malaysia.
“Ini termasuk pemansuhan inkues terhadap kematian.
“Malaysia tidak lagi mengamalkan kedaulatan undang-undang. Kita telah menjadi sebuah negara tanpa undang-undang,” katanya menerusi posting terbaru dichedet.cc, hari ini.
Membuktikan perkara itu, beliau menyenaraikan penyalahgunaan undang-undang yang didakwa dilakukan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan kerajaannya.
Dr Mahathir berkata, mengikut undang-undang, pihak polis mesti menjalankan siasatan terhadap laporan jenayah yang diterima sebelum menyerahkan kepada Peguam Negara.
Sebaliknya kata beliau, pihak yang mengadu dan membuat laporan disoal siasat dan ditahan kerana didakawa melanggar undang-undang Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (SOSMA), merujuk kes membabitkan bekas Naib Ketua UMNO Batu Kawan, Datuk Khairuddin Abu Hassan.
“Pihak polis juga menyoal siasat peguam pengadu, ditahan dan didakwa di bawah SOSMA, dan dibicarakan di mahkamah. Ini belum pernah berlaku dan bertentangan dengan amalan biasa.
“Apabila RM2.6 bilion ditemui dalam akaun peribadi Najib, siasatan lengkap secara terbuka berhubung sumber wang itu tidak dilakukan oleh pihak polis,” katanya. - ismaweb
Loading...

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Malaysia jadi negara tanpa undang-undang, kata Tun M"

Posting Komentar