Loading...
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengajak rakyat untuk bersama menyumbang cadangan dalam penyediaan bajet 2017.
"Anda ada cadangan bernas dan ingin menyumbang kpd #Bajet2017? Sebarkan bahawa mulai 5-19 September, idea boleh dikemukakan di http://ift.tt/2ctqYio," katanya dalam catatan di laman Twitter.
Idea yang telah disumbangkan setakat ini merangkumi topik seperti kos sara hidup, perkhidmatan penjagaan kesihatan, perumahan dan kehidupan bandar, pengangkutan dan infrastruktur, pembangunan ekonomi dan pendidikan.
Loading...
0 Response to "Najib ajak rakyat sumbang idea bajet 2017"
Posting Komentar