Tabik dan tahniah kepada Naib Ketua UMNO Bahagian Kota Raja, Selangor, Mohd Hamidi Abu Bakar yang akhirnya memutuskan keluar daripada parti itu sebagai menyahut cabaran Nazri Aziz terhadapnya.
Pada Mei lalu, Mohd Hamidi meluahkan rasa tidak senangnya terhadap penyingkiran Muhyiddin Yassin, Mukhriz Mahathir dan Shafie Apdal daripada UMNO dengan menyifatkan tindakan itu akan membawa bencana kepada parti.
Nazri Aziz, menteri yang selalu berwatak sombong, angkuh dan suka cakap besar sebaliknya menempelak kenyataan Mohd Hamidi itu dengan mencabarnya agar keluar meninggalkan UMNO bersama "tiga pemberontak" tersebut.
Dia boleh lihat sama ada ia boleh membawa bencana atau tidak, kata Nazri lagi.
Mohd Hamidi berkata, tindakannya keluar UMNO adalah selaras dengan cabaran Nazri sebelum ini yang seperti menghalaunya agar meninggalkan parti itu.
Untuk itu, Nazri dipersilakan untuk terus lebih angkuh dan sombong dalam kenyataan-kenyataannya. Beliau juga harus mencabar lebih ramai pemimpin yang tidak sedia jadi "pak angguk" agar meninggalkan UMNO dengan segera.
Jika Mohd Hamidi sudah menyahut cabarannya, adalah "tidak jantan" jika Nazri hanya berdiam diri atau tidak berani lagi mencabar sesiapa selepas ini.
Related Posts :
[Video Tun M berduet with Dato Siti Nurhaliza & Sokong lagi! Orang Umno pun sengsara juga] Apa sudah jadi dengan UMNO sekarang? TIDAK LAGI MENGHARGAI PEMIMPIN2 LAMA?Selasa, 12 Disember 2017
Umno kini retak. Gambar Azmieyusoff blog
Malaysia Dateline
UMNO TIDAK LAGI MENGHARGAI PEMIMPIN2 LAMA?
K… Read More...
[Video Tun M Pulang Pingat Kebesaran. Dipuji Netzen] Keh, Keh, Kehhh, TV3/4! Ini idea tiga suku ke?Isnin 11 Disember 2017
KEH, KEH, KEH....INI IDEA TIGA SUKU ATAU APA?
Konglomerat media yang berada di bawah naungan Perdana Menteri, Medi… Read More...
'Hodoh Sangatkah Saya Ibu?'Walaupun tidak mempunyai wajah yang normal, seorang budak lelaki dari Knoxville, Tennessee, mempunyai sifat ingin tahu apa yang sebenarnya p… Read More...
Kejutan Buat Sultan Selangor
Kejutan Buat Sultan Selangor. Mengikut jejak langkah suaminya Dr Mahathir Mohamad, Dr Siti Hasmah Mohd Ali turut memulangkan dua darjah keb… Read More...
Jangan salahkan Tuhan,kalu lu tak tau urus ekonomi...
Memang mudah menggunakan hadith Nabi untuk menyelamatkan diri daripada dipersalahkan kerana gagal menguruskan ekonomi.
Itulah yang telah d… Read More...
0 Response to "NAZRI AZIZ DIPERSILAKAN UNTUK LEBIH ANGKUH, SOMBONG DAN CAKAP BESAR"
Posting Komentar