Loading...
KUALA LUMPUR - Pas membangkang dan menentang secara profesional, kata Ketua Penerangan Pas Pusat, Nasruddin Hassan.
Katanya, Pas secara konsisten menentang apa jua program kerajaan yang tidak baik dan menekan rakyat seperti Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPP), Bauxite, Cukai Perkhidmatan dan Barang (GST) dan lainnya.
"Kita tentang kerajaan menerusi dialog bersemuka, mengemukakan kertas cadangan, memorandum mahupun berdemonstrasi secara aman.
"Pas tidak membangkang secara membuta tuli, sebaliknya Pas bertindak secara damai (muwajahah silmiyah), mendapatkan informasi secara telus dari mana mana pihak kerajaan, berdialog, memberi pandangan, kritikan dan nasihat," katanya dalam penerangan mengenai "Budaya Politik Matang dan Sejahtera", hari ini.
Katanya, budaya politik matang yang dilaksanakan Pas membuatkan parti itu menyokong langkah wajar kerajaan.
Dalam masa yang sama, parti itu boleh menentang apa sahaja keputusan tidak baik yang dibuat oleh kerajaan.
"Orang terdahulu telah menunaikan tanggungjawab mereka yang terbaik dengan tindakan dan keputusan yang sesuai pada zaman mereka. Hari ini Pas merumus pendekatan politik yang sesuai dengan zaman yang sedang dihadap.
"Sebagai contoh, Pas menyokong bahkan menyertai aktiviti kerajaan yang baik untuk rakyat dan Islam khasnya, seperti isu Akta 355 dan Majlis Perundingan Islam," katanya.

0 Response to "Pas bangkang secara professional ."
Posting Komentar