Loading...

Pergolakan Dalaman PAN Mula Berkocak, Mat Sabu Sedia Lepas Jawatan Presiden Kepada Husam

Loading...
 

 



Kemasukan Datuk Husam Musa ke dalam PAN membawa satu dimensi baharu dalam parti itu seumpama meletakkan dua ekor singa di atas sebuah kerusi.

Presiden PAN, Mohamad Sabu dalam kenyataan terbaharu berkata beliau bersedia melepaskan jawatan presiden parti yang disandangnya kepada Husam, tetapi ia perlu diputuskan oleh perwakilan dalam kongres parti

“Itu serah kepada mesyuarat agong kitalah, kongres agung, pemilihan setiap tahun ada.

“Bila masa pun boleh, saya bersedia; saya tak ada masalah untuk serahkan kepada sesiapa yang dipilih dalam perhimpunan penuh parti,” kata Mohamad yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu kepada Astro AWANI.

Isu jawatan kepada Husam mula diperkatakan sejak awal September lalu apabila PAN berjanji akan mengadakan mesyuarat untuk membuat keputusan tersebut.

Namun, sehingga kini tiada sebarang jawatan di peringkat nasional diberikan kepada Husam.
 
 
 
Loading...

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Pergolakan Dalaman PAN Mula Berkocak, Mat Sabu Sedia Lepas Jawatan Presiden Kepada Husam"

Posting Komentar