Loading...
Pemuda Pas gesa Jeff Ooi mohon maaf
Ahmad Fadhli Shaari
SHAH ALAM - Pemuda Pas menyifatkan kenyataan Ahli Parlimen DAP Jelutong, Jeff Ooi di laman sosial Twitter berhubung kematian Mursyidul Pas, Datuk Dr Haron Din sebagai biadab dan mendesak agak beliau melakukan permohonan maaf secara terbuka.
Ketua Penerangannya, Ahmad Fadhli Shaari berkata, tindakan ahli Parlimen itu adalah tidak wajar dan waktunya adalah sangat tidak sesuai untuk mengeluarkan kata-kata sedemikian.
Menurutnya, kenyataan Jeff Ooi yang menulis ‘Adios Haron Din. Let There Be Peace’ (selamat tinggal Haron Din. Semoga kesejahteraan bersama kamu) turut menunjukkan kebenciannya kepada pemimpin Pas tersebut.
“Dalam isu kematian Allahyarham Tuan Guru Datuk Dr Haron Din ini, bukan sahaja Jeff Ooi harus memadamkan kenyataannya di Twitter sahaja.
“Beliau juga turut mengemukakan permohonan maaf kepada ahli keluarga Allahyarham bagi menunjukkan bahawa dia benar-benar kesal” katanya.
[ARTIKEL BERKITAN: Jeff Ooi digesa padam kenyataan di Twitter]
Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan media yang mengutuk tindakan ahli parlimen itu.
Tambahnya lagi, Pemuda Pas turut menyifatkan bahawa sikap ahli Parlimen itu juga turut mencerminkan parti yang diwakilinya apabila tiada sebarang teguran daripada pemimpin parti mengenai kenyataan biadabnya itu
“Inilah wajah sebenar DAP apabila berhadapan dengan isu-isu yang melibatkan agamawan yang dilihat tidak selari dengan ideologi perjuangan sekular mereka.
“Buktinya, tiada pemimpin DAP yang menyatakan tidak bersetuju dengan kenyataan biadab Jeff Ooi tersebut,” katanya.
Loading...
0 Response to "PERLU APA BABI TU MINA MA'AF ? KALAU HARBI TU HARBI LA JUGA ! MU BOLEH BUAT APA ?????"
Posting Komentar