Sabtu, 24 September 2016
Polis jamin baju kuning dan merah tak bertembung
Pihak polis membenarkan perhimpunan aman sekiranya ia bukan bertujuan untuk menjatuhkan pemimpin negara, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar.
Malah, Khalid juga berkata, mana-mana pihak yang ingin menganjurkan perhimpunan aman diminta memaklumkan dalam tempoh 10 hari bagi membolehkan polis menjalankan tugas.
" Kami tak larang selagi sebab perhimpunan itu dibenarkan undang-undang dan perlembagaan. Tetapi sebarang perhimpunan untuk menjatuhkan pemimpin negara, itu sama sekali tak dibenarkan.
"Akta Perhimpunan Aman adalah akta untuk berhimpun secara aman dan kami yang sepatutnya memudahkan perhimpunan itu.
"Jadi beri kami masa 10 hari supaya boleh bantu merancang perhimpunan itu agar berjalan dengan aman," katanya pada sidang media di Putrajaya hari ini.
Beliau berkata demikian ketika ditanya berhubung perhimpunan BERSIH 5.0 yang akan diadakan November depan.
Ditanya mengenai kemungkinan berlakunya pertembungan dua BERSIH dan kumpulan Baju Merah pada perhimpunan tersebut, Khalid berkata beliau akan memastikan perkara berkenaan tidak akan berlaku.
"Kita tak akan membenarkan sebarang pertembungan sedemikian. Apa pun kita perlu lihat permohonan mereka.
“Kita akan ambil tindakan bila sampai masanya," katanya lagi.
BERSIH mengumunkan akan mengadakan perhimpunan pada 19 November depan yang bertemakan "Satukan Tenaga, Malaysia Baru!"
Ia bertujuan meminta rakyat Malaysia bersatu padu dan membuat pendirian jitu untuk melawan “rasuah besar” dan kegagalan fungsi institusi-institusi di Malaysia.
Ekoran itu, kumpulan baju merah bawah Gabungan Badan Bukan Kerajaan (NGO) Malaysia memberi
amaran akan turun berhimpun pada masa, tarikh dan tempat yang sama dengan perhimpunan BERSIH 5.
Pengerusi gabungan itu, Datuk Seri Jamal Md Yunos, yang juga adalah ketua bahagian Umno Sungai Besar berkata, ratusan ribu pengikut kumpulan baju merah tidak teragak-agak untuk 'bertembung' dengan peserta BERSIH.
Malaysiakini.
Related Posts :
Mahathir dijadual sertai #TangkapMO1 esokMALAYSIAKINI
LIHAT VIDEO DI SINI
Bekas naib ketua Umno bahagian Batu Kawan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan mengesahkan bekas perdana me… Read More...
Raja Muda Perlis tumpangkan pelajar maahad tahfiz
ASYRAF MUHAMMAD
Kenderaan rasmi istana dikesan membawa pelajar Maahad Tahfiz Padang Siding yang terkandas disebabkan hujan. … Read More...
Pengarah urusan bank, tiga lagi direman 26 Ogos 2016 Tweet mahkamah Gambar hiasan PUTRAJAYA - Seorang pengarah urusan sebuah bank bergelar Datuk, bekas pegawai bank sama dan dua lagi ditahan reman tiga hari bagi membantu siasatan kes menerima rasuah dan salah guna kuasa. Majistret Nik Isfahanie Tasnim Wan Ab Rahman membenarkan permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menahan reman empat lelaki itu bermula hari ini sehingga Ahad. Selain pengarah urusan bank berusia 48 tahun itu dan bekas pegawainya, dua lagi ialah seorang pengarah syarikat penerbitan buku dan seorang pegawainya. Semalam SPRM menahan lapan individu berumur antara 32 dan 48 tahun antara pukul 2 petang sehingga tengah malam di sekitar Kuala Lumpur bagi membantu siasatan kes rasuah dan salah guna kuasa. Hari ini lapan individu dibawa ke Mahkamah Majistret di sini dengan empat ditahan reman manakala empat lagi yang terdiri daripada dua peguam wanita, seorang penulis buku berkaitan seorang tokoh pemimpin negara dan isteri kepada bekas pegawai bank itu dibebaskan. Dalam serbuan itu SPRM merampas enam jam tangan mewah setiap satu berharga RM20,000 dan wang tunai RM30,000 daripada pengarah urusan bank itu. Semalam, Pengarah Siasatan SPRM, Datuk Azam Baki berkata, pengarah urusan bank itu ditahan di pejabatnya di ibu negara hasil maklumat orang ramai berhubung salah laku rasuah. "Dia dipercayai terlibat dalam tender pertukaran sistem bank dan penerbitan buku berkaitan seorang tokoh pemimpin negara. "Sebanyak RM15 juta telah diberikan kepada sebuah syarikat penerbitan milik orang yang mempunyai kepentingan dengan Datuk tersebut namun sehingga kini tiada sebarang buku yang diterbitkan," katanya ketika dihubungi Bernama. SPRM juga memperolehi perintah tahanan reman selama lima hari terhadap seorang pengurus projek, dan seorang pengurus sebuah syarikat cari gali minyak dan enam kontraktor bagi membantu siasatan kes menerima rasuah bagi projek "pipeline" berjumlah RM76 juta. Majistret Nik Isfahanie mengeluarkan perintah reman itu bermula hari ini sehingga Selasa ini. Lima lelaki dan tiga wanita dalam lingkungan umur 35 tahun dan 60 ditahan berasingan semalam oleh SPRM di Melaka, Negeri Sembilan, Kuala Lumpur dan Terengganu bagi membantu siasatan kes rasuah melibatkan "pipeline" di selatan tanah air itu. - BernamaSINAR HARIAN
Gambar hiasan
PUTRAJAYA - Seorang pengarah urusan sebuah bank bergelar Datuk, bekas pegawai bank sama dan dua lagi di… Read More...
Chong Wei: Jika ada RM300j, saya duduk rumah saja
Wartawan Sinar Harian
Datuk Lee Chong Wei
PEMAIN badminton perseorangan negara, Datuk Lee Chong Wei menafikan lapo… Read More...
Himpunan budak kecil - Ali Tinju, Jamal, baju merah batal demo balasMALAYSIAKINI
LIHAT VIDEO DI SINI
Pertubuhan Pembela Nasib Melayu (Gerakan Merah) tidak akan mengadakan demonstrasi balas menentang himpun… Read More...
0 Response to "Polis jamin baju kuning (BERSIH 5.0) dan merah tak bertembung"
Posting Komentar