Loading...

POLITIK SEMAKIN GAWAT

Loading...
DAP Selangor usul cadangan PRN kepada Pakatan
DAP Selangor usul cadangan PRN kepada Pakatan
Tony Pua tiga dari kiri ketika ditemui media hari ini.

SHAH ALAM - DAP Selangor akan mengusulkan cadangan kepada Pakatan Harapan untuk mengadakan pilihan raya negeri diadakan lebih awal.

Pengerusi DAP Selangor, Tony Pua berkata, keputusan itu dibuat dalam mesyuarat tergempar berkaitan isu persempadanan semula yang dicadangkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Kata Pua, meskipun DAP tidak terkesan dengan kerusi dimiliki, pihaknya mengambil berat tentang kesan persempadanan semula itu ke atas rakan pakatannya.

"Kami cadangkan pilihan raya negeri bagi Selangor diadakan secepat mungkin berikutan cadangan SPR.

"Cadangan yang diusul SPR hanya akan membuatkan BN lebih mudah untuk merampas kerusi pembangkang PRU akan datang," katanya dalam sidang media, di sini, hari ini.


Ahad lalu, Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menegaskan tiada keperluan untuk pilihan raya awal diadakan di negeri itu.

Beliau yang juga Timbalan Presiden PKR, berkata kerajaan negeri pimpinannya akan terus bekerja hingga tamat tempoh lima tahun penggal pentadbiran.
Loading...

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "POLITIK SEMAKIN GAWAT"

Posting Komentar