Loading...
Rahsia Persempadan Semula SPR Terbongkar. Pakatan Harapan membantah persempadanan semula dilakukan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dengan mendakwa ia hanya akan memberi kemenangan kepada BN.
Ketua Setiausaha Sekretariat Pakatan Harapan, Datuk Saifuddin Abdullah berkata, perkara itu dibuktikan melalui sejarah pilihan raya sebelum ini.
"Kami pandang berat, kesal dan mengutuk langkah persempadanan semula yang dilakukan SPR pada anggapan kami tak berperlembagaan dan berat sebelah.
Rahsia Persempadan Semula SPR Terbongkar. "Ia juga akan untungkan BN. Sejarah pilihan raya, setiap kali selepas persempadanan semula, BN menang dengan lebih baik," katanya pada sidang media di ibu pejabat PKR, di sini, hari ini.
Sebelum ini, SPR memaklumkan akan melaksanakan kajian semula persempadanan bahagian-bahagian pilihan raya bagi negeri-negeri Tanah Melayu berlandaskan peruntukkan Fasal 2 Perkara 113, Perlembagaan Persekutuan.
SPR juga akan melaksanakan kajian semula persempadanan bahagian-bahagian pilihan raya bagi Sabah selaras dengan pindaan Fasal 2 Perkara 14 Perlembagaan Negeri Sabah yang telah diwartakan pada 18 Ogos 2016.
Rahsia Persempadan Semula SPR Terbongkar
Mengulas lanjut, Saifuddin berkata, selepas persempadanan semula, ada kemungkinan BN tidak memerlukan peratusan undi popular yang tinggi untuk memenangi 112 kerusi dalam pilihan raya umum akan datang.
"Kalau kita lihat dalam dalam keputusan PRU13 untuk menang 112 kerusi itu, BN hanya perlu 25 peratus undi popular sahaja.
"Selepas persempadanan semula ini, dalam PRU14 mungkin BN tak perlu sampai 25 peratus untuk menang 112 kerusi...majoriti yang paling mudah," katanya.
Rahsia Persempadan Semula SPR Terbongkar. Tambahnya, SPR turut tidak menyediakan peta-peta kawasan hingga menyukarkan bantahan dilakukan.
Iklan
Loading...
0 Response to "Rahsia Persempadan Semula SPR Terbongkar"
Posting Komentar