Loading...

Rupanya Ubat Ini Amat Merbahaya.. Saksikanlah

Loading...
Rupanya Ubat Ini Amat Merbahaya.. Saksikanlah. Orang ramai dinasihat supaya tidak membeli dan menggunakan ubat “Super Resdong” dan “Mujarab Resdong Plus” kerana didapati memberi kesan advers kepada pengguna.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata berdasarkan laporan yang diterima, kedua-dua produk itu boleh menyebabkan keradangan hati atau hepatitis, masalah fungsi ginjal, peningkatan berat badan serta ruam pada badan.

Rupanya Ubat Ini Amat Merbahaya.. Saksikanlah. Mereka yang mempunyai stok produk itu dinasihatkan menghentikan penjualan, pengedaran atau penggunaannya dengan serta merta kerana tindakan boleh diambil di bawah Akta Jualan Dadah 1952 dan Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984, katanya dalam kenyataan yang dimuat naik dalam laman Facebook Kementerian Kesihatan, malam tadi.

Beliau berkata mereka yang menggunakan produk itu disaran segera mendapatkan nasihat serta rawatan daripada ahli profesional kesihatan, dan yang mengambil produk itu dalam jangka masa lama dinasihatkan tidak memberhentikan penggunaannya secara mendadak kerana boleh menyebabkan masalah seperti kekeliruan dan penurunan tekanan darah yang boleh membahayakan kesihatan akibat ‘withdrawal syndrome”.

Pusat Pemonitoran Kesan Advers Ubat Kebangsaan (NPRA) di bawah Agensi Regulatori Farmasi Negara menerima tiga laporan berkaitan “Super Resdong”, dan satu laporan mengenai “Mujarab Resdong Plus”, katanya.

Rupanya Ubat Ini Amat Merbahaya.. Saksikanlah


Dr Noor Hisham berkata hasil ujian NPRA mendapati kedua-dua produk tersebut mengandungi dexamethasone (sejenis kortikosteroid) dan chlorpheniramine (sejenis antihistamin) yang dikawal di bawah Akta Racun 1952.

“Dexamethasone adalah sejenis kortikosteroid yang poten dan ia digunakan untuk rawatan masalah pembengkakan dan radang yang serius.

“Penggunaannya secara berpanjangan tanpa pengawasan ahli profesional kesihatan boleh mengakibatkan kesan samping serius yang boleh membahayakan kesihatan seperti kelemahan otot, kerapuhan tulang, peningkatan gula dalam darah, tekanan darah tinggi, katarak, peningkatan risiko jangkitan dan sindrom cushing,” katanya.

Dr Noor Hisham berkata pesakit yang menghidap kencing manis adalah berisiko tinggi kerana ia boleh menyebabkan paras gula dalam darah tidak terkawal dan seterusnya boleh mengakibatkan komplikasi yang serius.

Rupanya Ubat Ini Amat Merbahaya.. Saksikanlah


Sementara chlorpheniramine yang digunakan untuk melegakan selesema serta reaksi alahan seperti ruam, mempunyai kesan sampingan termasuk mengantuk, penglihatan kabur, muntah-muntah, sembelit dan kelemahan koordinasi anggota badan, katanya.

Kedua-dua produk tersebut yang mendakwa digunakan secara tradisional untuk melegakan resdung dan tanda-tanda kegatalan hidung tidak didaftar dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD).



Iklan
Image




Loading...

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Rupanya Ubat Ini Amat Merbahaya.. Saksikanlah"

Posting Komentar