Loading...
Puas menunggu bertahun-tahun lamanya... masih juga tak kunjung tiba. Betapa menunggu itu adalah satu penyiksaan....
Apatah lagi bila harapan suci itu rupa-rupanya hanyalah satu ilusi mainan kata-kata yang diselang selikan dengan ayat-ayat Allah dan hadith Rasulullah SAW...
Setelah beriya-iya berjanji akan bawa hudud ke palimen .... berjanji akan laksanakan hudud ....
Malah ada pemimpin tertinggi di Kelantan berjanji akan letak jawatan jika gagal laksanakan hudud di Kelantan...
Setelah mencemuh dan terus mengkafirkan setiap mereka yang menentang cita-cita Pas itu....
Hingga Pakatan Rakyat jadi lingkup ranap ... hingga sesama jemaah berbalah dan disingkirkan dan berpecah... hanya semata-mata kerana pemimpin tertinggi Pas sudah termakan umpan 'Hudud' yang Umno janji akan mempermudahkan laluannya di parlimen...
Tiba-tiba Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, usul Rang Undang-Undang (RUU) Persendirian Akta Mahkamah Syariah (bidang kuasa jenayah) pindaan 2016 yang dibawa oleh Ahli Parlimen Marang, Datuk Seri Abdul Hadi Awang di Dewan Rakyat bukan undang-undang hudud.
Datuk Takiyuddin kata, Undang-undang hudud tidak boleh dibawa ke Parlimen....
"Jika mengatakan cadangan meminda Akta 355 sebagai rang-rang hudud adalah sesuatu tidak betul. Hudud adalah undang-undang yang dibuat oleh negeri. Tiada alasan hudud dibawa ke Parlimen. ~ SUMBER
Loading...
0 Response to "RUU 355 : Mana Hudud Yang Pas janjikan dulu?"
Posting Komentar