Loading...

Salleh Said Keruak terkuak-kuak...

Loading...

  Malaysiakini melaporkan : Datuk Husam Musa berkata dakwaan bahawa saman yang dikemukakannya bersama Matthias Chang untuk membawa pulang aset serta wang diselewengkan dari dana 1MDB ditolak adalah tidak benar.

 Kata bekas exco kanan Kelantan itu apa yang berlaku adalah penarikan balik saman berkenaan secara sukarela dan ia boleh dikemukakan semula pada masa depan.

 "Kami perlu menyesuaikan saman ini dengan perkembangan-perkembangan (terbaru) ini, tanpa melupuskan usaha kami untuk membawa pulang harta dan wang yang diselewengkan dari 1MDB.

 "Usaha ini sepatutnya dilakukan oleh kerajaan Malaysia sebagai pihak yang diamanahkan memelihara kepentingan negara ini.

"Malangnya, kerajaan tidak berbuat demikian. Seakan mereka bergembira wang negara hilang dan berharap kes penyelewengan wang negara ditutup begitu saja," katanya dalam kenyataan media hari ini.

 Malaysiakini melaporkan saman difailkan Husam serta Chang - bekas setiausaha politik Tun Dr Mahathir Mohamad - pada Ogos lalu digugurkan dari mahkamah di AS.

 Saman itu difailkan peguam mereka pada 11 Ogos.

Sementara itu Chang pula memberitahu Malaysiakini mereka tahu apa yang dibuat berhubung saman berkenaan, malah ia adalah sebahagian daripada perancangan kedua-duanya.

 "Jangan bimbang. Ketawa yang terbaik adalah ketawa yang terakhir. Kenyataan media Salleh terlalu awal.

 "Kami tahu apa yang kami buat. Tonton klip video ucapan saya (berjudul) DOJ Bombshell sekali lagi. Tak lama lagi dia terpaksa menelan semula kata-katanya. Percayalah kepada Tuhan," kata Chang melalui WhatsApp.

 Berikut adalah kenyataan penuh Husam berhubung isu berkenaan. Klik di sini
Loading...

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Salleh Said Keruak terkuak-kuak..."

Posting Komentar