Loading...

Shahbuddin Husin: NAJIB, PM PALING LEKEH.....

Loading...

Sesiapa pun yang menjadi pemimpin, apabila ada dakwaan secara langsung ditujukan kepada mereka, biasanya pemimpin berkenaanlah yang akan tampil memberi penjelasan berkaitan apa yang didakwa itu.

Ketika Tun Mahathir Mohamad menjadi Perdana Menteri, semua dakwaan terhadap dirinya sentiasa dijawab olehnya dengan logik yang mudah serta hujah yang meyakinkan.

Sama ada ketika berkrisis dengan Musa Hitam, Tengku Razaleigh Hamzah, Anwar Ibrahim atau semasa menyerang Najib Razak, semua isu berkaitan dirinya yang dipersoalkan akan dijawab sendiri oleh Tun Mahathir. 

Hanya setelah itu, barulah pemimpin-pemimpin lain menyebarkan jawapannya itu atau memberikan jawapan tambahan bagi mengukuhkannya lagi.

Kekuatan Tun Mahathir, selain logik yang mudah serta hujah yang meyakinkan, bahasa yang digunakannya juga ringkas dan senang difahami.

Tidak pernah sepanjang 22 tahun menjadi Perdana Menteri, beliau mewakilkan kepada pegawai khas, setiausaha akhbar atau mana-mana pegawainya untuk menjawab sebarang dakwaan yang dikaitkan langsung terhadap dirinya.

Tun Mahathir sentiasa ada keberanian untuk menjawab apa-apa persoalan yang ditujukan kepafa dirinya. Beliau tidak lari, tidak berselindung dan tidak juga menyembunyikan dirinya.

Malah, di sebalik Tun Abdullah Badawi yang dikatakan lemah dan selalu tidur, ketika era kepimpinannya sedang dipertikai dahulu, beliau juga punya keberanian untuk tampil menjawab persoalan-persoalan yang dibangkitkan khusus tentang dirinya.

Tiada ruang untuk setiausaha akhbar, pegawai khas dan  lain-lain pegawai-pegawai Tun Mahathir atau Tun Abdullah untuk tampil menjawab bagi pihak diri mereka.

Sebenarnya, itulah tanggungjawab moral yang paling asas bagi seseorang pemimpin, lebih-lebih lagi yang memegang jawatan Perdana Menteri. Di situlah terserlahnya wibawa, ketokohan serta keyakinan rakyat. Ia juga menjadikan rakyat merasakan benar-benar mempunyai Perdana Menteri.

Tetapi, di era kepimpinan Najib yang kononnya hebat dan penuh gaya ini, tanggungjawab moral itu sudah tiada lagi. Banyak persoalan yang ditujukan khusus kepada Najib, hanya dijawab dengan diam dan bisu tanpa kata-kata oleh yang empunya tubuh, sebaliknya sang setiausaha akhbar pula yang kerap tampil menjawab bagi pihak dirinya.

Perkara itu pula sudah banyak kali berlaku yang seolah-olah memperlihatkan Najib tidak ada berani untuk mempertontonkan air muka penuh tulus serta sinar keyakinan wajahnya kepada umum. 

Yang memualkan lagi, tidak  saja menjawab, sang setiausaha akhbar itu juga turut melontarkan bidasan atau serangan peribadi kepada mereka yang menyerang "bossnya"  itu seolah-olah beliau juga ahli politik yang sudah beberapa penggal menang pilihanraya.

Jika setiausaha akhbar itu tampil menjelaskan mengenai perkara yang melibatkan kerajaan atau hal-hal umum berkaitan Najib, mungkin ia boleh diterima, tetapi tentulah tidak masuk akal apabila beliau juga yang ke depan memberi jawapan apabila Muhyiddin Yassin menuduh Perdana Menteri mempunyai wang RM1,000 juta sebelum masuknya RM2,600 juta sebelum itu.

Begitu juga apabila Jabatan Kehakiman AS mendakwa wang yang masuk ke akaun peribadi adalah berpunca daripada 1MDB dan bukan derma sesiapa, yang tahu hakikat sebenarnya perkara itu ialah Najib. Oleh itu, Najib tidak seharusnya diam atau setiausaha akhbarnya membangkitkan cerita lama kononnya tiada perlanggaran undang-undang telah dilakukan oleh Perdana Menteri.

Apa yang seorang setiausaha akhbar tahu mengenai kebenaran wang yang ada dalam akaun bank peribadi Najib?

Beliau hanya makan gaji dengan Perdana Menteri dan sudah tentu akan melakukan kerja berdasarkan apa yang diperintahkan oleh Najib saja. Lebih daripada itu, beliau tidak tahu apa-apa. Jauh sekali untuk berani bertanya mengenai wang yang dimiliki Najib.

Dengan sudah beberapa kali Najib seolah-olah mewakilkan kepada setiausaha akhbarnya memberikan jawapan, ia bukan saja menyerlahkan lagi lekehnya Najib sebagai Perdana Menteri, bahkan kadang-kadang membuatkan beliau tidak dirasakan benar-benar dekat dengan rakyat.

Apatah lagi dengan adanya pelbagi saluran media baru sekarang, penampilan dan keberanian memberikan jawapan itu boleh dilakukan bila-bila masa dan di mana saja. Yang perlu hanya cuma keberanian.

Najib sebaliknya hanya suka tampil membanggakan dirinya dengan angka-angka yang tidak dirasai nikmatnya oleh rakyat jelata. Angka-angka yang selalu diumumkannya hanyalah untuk keseronokan dirinya semata-mata. Sebagai Perdana Menteri, bukan menunjukkan angka itu yang penting, sebaliknya yang jauh lebih mustahak ialah keberanian memunculkan diri dalam susah dan senang, bahagia dan derita, luka dan ketawa serta tidak lari daripada segala bencana yang tiba.

Disebabkan lekehnya Najib itulah kita sebenarnya semakin memerlukan seorang Perdana Menteri yang baru menerajui kita. (Shahbuddin Husin 03/09/2016).
Loading...

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Shahbuddin Husin: NAJIB, PM PALING LEKEH....."

Posting Komentar