Loading...

[SIASATAN PPD SELESAI] Menu RMT Nasi Putih & Sosej adalah FITNAH

Loading...

RANTAU PANJANG – Kes selesai. Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Pasir Mas menganggap isu sebuah sekolah mengajikan nasi putih dan sosej kepada murid menerusi Rancangan Makanan Tambahan (RMT) selesai selepas penyiasatan.

Pegawainya, Ahmad Termizi Musa berkata, ia bukanlah nasi putih seperti mana yang digambarkan sebaliknya nasi goreng cina bersama sayur, telur dan daging cincang.

Bagi menarik minat murid katanya, pengusaha kantin menambah sajian sosej goreng dalam masakan tersebut.

“Kesemua murid yang menerima RMT turut disajikan dengan buah tembikai dan air Milo, tapi ia tidak pula disebarkan dalam laman sosial. 

“Kita akui berlaku lebihan makanan kerana hampir 20 murid RMT dari tahun satu dan tiga tidak hadir ke sekolah, kerana UPSR berlangsung minggu ini,” katanya.

Terdahulu, Pengarah Jabatan Pendidikan Kelantan, Datuk Ab Aziz Abdullah yang ditemui berkata, perkara itu adalah suatu tuduhan yang tidak berasas dan bermotif negatif untuk menjatuhkan nama baik Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dan Jabatan Pendidikan Kelantan.

“Masa tu pihak kantin masih dalam proses menyediakan hidangan sarapan untuk murid dan belum siap sepenuhnya. 

Sosej yang diletakkan dalam nasi goreng itu adalah lauk tambahan penender kantin sendiri untuk menarik minat murid untuk bersarapan," beliau dipetik sebagai berkata.

Sebelum ini, seorang bapa yang juga seorang guru di salah sebuah sekolah dekat sini, menyebarkan gambar mengenai menu RMT di SK Chicha Tinggi.

Bapa murid sekolah ini mendakwa, menu itu tidak bersesuaian dengan kadar bayaran RMT sebanyak RM 2.50 seorang.

Selepas menerima laporan itu, pihak sekolah melakukan siasatan segera dan mendapati tuduhan itu tidak berasas sama sekali.

Pihak PPD menghantar wakil bagi menyelidik perkara tersebut dengan pihak sekolah, kantin dan murid penerima RMT itu sendiri.

Termizi berkata, hasil siasatan mendapati seramai 94 daripada 149 murid mengambil RMT pada hari berkenaan. - SH

Loading...

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "[SIASATAN PPD SELESAI] Menu RMT Nasi Putih & Sosej adalah FITNAH"

Posting Komentar