Loading...

SKMM siasat pihak eksploitasi watak 'kak Ros'

Loading...
SINAR HARIAN


Watak kak 'Ros' jadi mangsa eksploitasi
Watak kak 'Ros'. - Sumber foto internet
 
KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) akan meneliti dan menyiasat elemen lucah dalam siri animasi Upin dan Ipin yang dilakukan pihak tidak bertanggungjawab.

Tindakan itu dibuat susulan pendedahan yang dibuat Bernama semalam mengenai‎ watak 'Ros', kakak garang dalam siri animasi itu yang menjadi mangsa eksploitasi dengan memaparkan watak itu dengan ilustrasi seksi melampau.

[ARTIKEL BERKAITAN: Watak kak 'Ros' jadi mangsa eksploitasi]

"Hasil maklumat awal yang diterima mendapati, imej lucah tersebut merupakan imej cekupan skrin daripada siri asal yang ditayangkan dan telah diubah suai menjadi gambar lucah.

"Buat masa ini, SKMM sedang mengesan pihak yang bertanggungjawab mengubah suai dan memuat naik kandungan tersebut untuk tindakan selanjutnya," kata SKMM dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

SKMM turut menggesa mana-mana pihak yang mempunyai maklumat baharu berhubung perkara itu untuk melaporkannya kepada SKMM bagi membantu siasatan. - Bernama


Loading...

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "SKMM siasat pihak eksploitasi watak 'kak Ros'"

Posting Komentar