Loading...

Subjek hak asasi manusia 
perlu diajar di sekolah

Loading...
KUALA LUMPUR 21 Sept. – Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) berpendapat subjek berkaitan hak asasi manusia perlu diajar di sekolah bertujuan memupuk kesedaran mengenai perkara itu dalam kalangan rak­yat sejak awal usia lagi.

Pengerusinya, Tan Sri Razali Ismail berkata, Malaysia boleh mencontohi India yang menerap­kan prinsip-prinsip hak asasi ke dalam sistem pendidikan negara itu sejak 2000.

Katanya, di bawah kurikulum sekolah di negara tersebut, murid diajar untuk menghargai dan mempraktikkan konsep hak asasi manusia sejak usia yang muda.

“Pendekatan itu merupakan langkah pertama dalam mewujudkan budaya menghormati hak asasi manusia meliputi keluarga, guru dan masyarakat de­ngan kesemua pihak wajar memainkan peranan agar budaya tersebut dapat dipupuk serta dikembangkan,” katanya ketika berucap pada Persidangan Antarabangsa Undang-Undang Malaysia, di sini hari ini.

Yang turut hadir Ketua Hakim Negara, Tun Arifin Zakaria dan Presiden Majlis Peguam, Steven Thiru.

Menurut Razali, Suhakam te­lah memainkan peranan di dalam sektor pendidikan melalui kerjasama dengan Kementerian Pendidikan menganjurkan program ‘Latihan Terbaik Hak Asasi Manusia di Sekolah’ pada 2009 yang melibatkan lima buah sekolah terpilih pada masa itu.
Katanya, sehingga ke hari ini sebanyak 220 sekolah telah terlibat dengan program tersebut.

“Bagaimanapun, tanpa kajian yang betul dan sistematik, kami tidak dapat memastikan sejauh mana program itu memberi kesan kepada pelajar, guru dan kakitangan sekolah dalam me­nerapkan prinsip hak asasi dalam kehidupan seharian mereka,” jelas beliau.

Razali berkata, Suhakam juga bekerjasama rapat dengan komuniti Orang Asli dalam usaha meningkatkan akses kepada pen­didikan dalam kalangan anak masyarakat itu.

Katanya, meskipun turut di­bantu oleh badan-badan lain dalam usaha tersebut, namun perkembangannya masih tidak menyeluruh.

“Berdasarkan ini, penyelesai­an kepada isu berkaitan ketidakpuasan hati komuniti Orang Asli itu masih jauh,” ujarnya.

jobs from my.neuvoo.com
Loading...

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Subjek hak asasi manusia 
perlu diajar di sekolah"

Posting Komentar