Loading...
Jumaat – Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Dr Haron Din disahkan meninggal dunia hari ini.
Sebelum ini Allahyarham dilaporkan berada dalam keadaan kritikal dan dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Stanford San Francisco, California, selepas menghadapi masalah jantung.
Allahyarham Tuan Guru sebelum ini, dilaporkan berada dalam keadaan ‘brain death’ dan menggunakan alat bantuan pernafasan.
Difahamkan, berlaku pendarahan dalam pembuluh darah jantung selepas kegagalan pihak hospital melakukan angiogram.
Kira-kira jam 5 pagi waktu California, pihak hospital menghubungi keluarga Allahyarham untuk datang ke ICU, berikutan keadaannya yang semakin kritikal dan terpaksa menggunakan alat bantuan pernafasan.
Pada April 2012 lalu, Allahyarham pernah menjalani pembedahan pintasan jantung di hospital sama.
Mac lalu, Allahyarham turut mendapatkan rawatan di Institut Jantung Negara (IJN).
sumber: |
Loading...
0 Response to "Tuan Guru Haron Din Meninggal Dunia, Inna Lillahi wa inna ilaihi raji'un"
Posting Komentar