Loading...

[UMNO MAKIN GIGIL] PAS sedia Bertanding Satu Lawan Satu DEMI KALAHKAN BN pada PRU14

Loading...

KUALA TERENGGANU – Pas Terengganu tidak menolak pertandingan satu lawan satu menentang BN menjadi kenyataan jika semua pihak bersungguh-sungguh mahu mengalahkan BN pada PRU14.

Pengarah Jabatan Pilihan Raya Pas Terengganu, Ariffin Deraman berkata, walaupun Pas berada dalam blok ketiga dan tidak bersama-sama Pakatan Harapan, pertandingan dua penjuru melibatkan pembangkang dan BN tidak mustahil boleh berlaku dengan usaha dari semua pihak.

“Pertandingan satu lawan satu atau ‘straight fight’ ini lebih baik. Saya setuju dengan apa yang dikatakan Datuk Mahfodz,” katanya kepada Sinar Harian, di sini.

Dalam laporan Sinar Harian semalam, Pas pada asasnya setuju dengan konsep satu lawan satu malah yakin parti pembangkang akan menang besar jika ia digunakan menentang BN.

Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Dr Mahfodz Mohamed bagaimanapun berkata, parti itu tidak pasti sejauh mana strategi tersebut mampu direalisasikan.

Mengulas lanjut, Ariffin yang juga Adun Alor Limbat berkata, perkara itu perlu kepada satu perbincangan dengan mana-mana gabungan untuk memastikan perkara itu berlaku.

Bagaimanapun buat masa ini, Pas masih lagi tetap dengan pendirian untuk tidak bekerjasama dengan DAP dan juga Parti Amanah Negara (Amanah).

Dalam masa sama, beliau juga yakin Pas akan tetap pertahankan kerusi-kerusi ditandingi berdasarkan status quo.

“Soal itu kita serahkan kepada pimpinan apa yang terbaik pada PRU14,” katanya.

Loading...

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "[UMNO MAKIN GIGIL] PAS sedia Bertanding Satu Lawan Satu DEMI KALAHKAN BN pada PRU14"

Posting Komentar