Loading...

VIRAL VIDEO Pesuruhjaya Tinggi Sri Lanka DIPUKUL 5 Lelaki

Loading...

Lima Individu Pukul Pesuruhjaya Tinggi Sri Lanka Ditahan

Polis menahan lima individu berhubung kes serangan keatas Pesuruhjaya Tinggi Sri Lanka ke Malaysia, Ibrahim Saib Ansar yang cedera akibat kejadian itu.

Beliau diserang sekumpulan lelaki di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur KLIA semalam.


Menurut Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, semua suspek berusia antara 27 hingga 56 tahun itu ditahan untuk siasatan lanjut dibawah Akta Kesalahan Keselamatan, Langkah-Langkah Khas, SOSMA 2012.

Kelima-lima suspek ditahan menerusi operasi yang dijalankan semalam di Dengkil, Selangor dan Ipoh, Perak serta di ibu negara.

Tambahnya pihak polis sedang giat mengesan empat lagi individu yang dipercayai terlibat dengan kejadian petang semalam.

Tan Sri Khalid turut memberi amaran kepada mana-mana pihak yang menunjukkan sokongan terhadap kumpulan Pemberontak Harimau Pembebasan Tamil Eelam, LTTE.

Loading...

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "VIRAL VIDEO Pesuruhjaya Tinggi Sri Lanka DIPUKUL 5 Lelaki"

Posting Komentar