Loading...

WAJAR MINTA SEHINGGA 40% CALON WANITA

Loading...

PRU14: Wanita Umno akan bincang jumlah calon
PRU14: Wanita Umno akan bincang jumlah calon
Shahrizat (depan, tengah) bersama kepimpinan Umno Bahagian Pasir Salak selepas perasmian Persidangan Wanita Umno Bahagian Pasir Salak, hari ini. - Foto sinar Harian

PASIR SALAK - Wanita Umno akan mula turun padang untuk berbincang jumlah calon wanita yang bakal diketengahkan dalam PRU14 nanti.

Ketuanya, Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil berkata, pihaknya akan berjumpa dengan pimpinan Umno Negeri masing-masing untuk tujuan berkenaan.

Menurutnya, sudah tiba masa wanita diberi peluang lebih banyak menjadi wakil rakyat kerana wanita adalah tulang belakang parti.

"Saya akan turun padang untuk berbincang berkenaan jumlah calon wanita yang sedia diketengahkan.

"Wanita perlu diberi tempat dalam politik, diberi jawatan kerana wanita amat penting kepada parti," katanya ketika merasmikan Persidangan Perwakilan Wanita Umno Bahagian Pasir Salak di sini, hari ini.

Hadir sama Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Tajudin Abdul Rahman dan Ketua Wanita Umno Bahagian Pasir Salak, Datuk Dr Wan Norashikin Wan Noordin.

Shahrizat berkata, wanita tidak harus digunakan hanya sebagai jentera parti sahaja kerana golongan itu juga boleh menjadi pemimpin terbaik.

"Ini kerana wanita sekarang jika berumur ada banyak pengalaman dan jika masih muda mereka berpendidikan dan berkerjaya.

"Menjelang PRU14 juga saya akan meminta beberapa perkara dengan perdana menteri untuk kepentingan wanita,"katanya.

Menurut Shahrizat, kekuatan Umno juga bergantung kepada pergerakan Wanita Umno.

"Jika wanita kuat, parti juga kuat. Wanita jalankan tugas dengan baik parti akan selamat.

"Ini kenyataan dan hakikat yang perlu diakui oleh semua," katanya.

Tambahnya, kemenangan Umno bergantung kepada dua perkara dan salah satunya melibatkan wanita.
"Perkara pertama keyakinan dan sokongan kepada kepimpinan parti dan kedua jentera politik kena jalankan tugas dengan baik.

"Jika jentera tidak ada, pastinya perkara ini tidak akan tercapai dan salah satu jenteranya ialah wanita," katanya.
Loading...

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "WAJAR MINTA SEHINGGA 40% CALON WANITA"

Posting Komentar