Loading...

4 LANGKAH bijak apabila jumpa orang liberal

Loading...

SETELAH bersama ISMA dan PEMBINA hampir 6 tahun, Alhamdulillah, dapat berhadapan sendiri dengan golongan Melayu Islam liberal di Malaysia, melihat mereka tanpa segan silu mencabar kedudukan Islam yang mulia.
Ada yang menolak hukum Islam, kutuk dan anti-institusi Islam, tolak negara Islam, menyokong kahwin sejenis, mak nyah, kebebasan Syiah, hak minum arak, berkhalwat, berzina, dan segala cara hidup yang melanggar syariat.
Provokasi, kutukan dan tindakan-tindakan kurang adab golongan ini sama ada dalam media sosial ataupun ketika kami berforum sudah menjadi kebiasaan.
Namun begitu, usah khuatir. Ingat empat tindakan ini apabila berhadapan golongan liberal di Malaysia:
PERTAMA
Apabila orang liberal bertindak ganas, kita perlu bertenang dan nyatakan kebenaran.
Terjerit-jerit, provokasi panel, rampas mikrofon pengacara (tragedi Mariam Malaysiakini), hentak-hentak kerusi, tunjuk jari tengah (waktu tragedi forum RUU355), adalah perkara biasa apabila kami mengisi tempat yang dihadiri golongan liberal.
Dalam menhadapi situasi ini, kita perlu bertenang kerana siapa makan cili, dia yang rasa pedasnya.
Masih saya ingat apabila dijemput mengisi mengenai buku Wanita Songsang. Mikrofon pengacara dirampas, penonton menjerit-jerit serta ada yang menghentak kerusi.
Namun, kami menjawab dengan sopan dan berhujah daripada ayat Al-Quran dan sebagainya.
“Hai anakku, dirikanlah solat dan suruhlah manusia mengerjakan yang baik dan cegahlah mereka dari perbuatan yang mungkar dan bersabarlah terhadap apa yang menimpa kamu. Sesungguhnya yang demikian itu termasuk hal-hal yang diwajibkan (oleh Allah).” [Luqman: 17]
Inilah hakikat rahmatan lil alamin.
Mereka mula senyap dan dapat lihat kebodohan tindakan mereka sendiri.
Ya. Kami tidak menolak untuk berdialog bersama mereka, namun duduk bersama itu bukan syarat untuk kami berdiam diri dan menyuarakan kebenaran.
Saya sangat berharap gerakan Islam seperti IKRAM mampu sedar perkara ini. Sahabat-sahabat yang saya sayangi yang juga ramai dari gerakan ini, harapnya mengerti slogan rahmatan lil alamin.
KEDUA
Ingat bahawa golongan liberal Malaysia nampak sahaja ramai penyokong, tetapi hakikatnya mereka hanyalah badut yang ditertawakan.
Sewaktu buku Wanita Songsang ‘panas’, pembongkaran bertubi-tubi mengenai kesesatan golongan feminis di Malaysia ini.
Twitter kami diserang oleh penulis-penulis buku tersebut.
Kemudian apabila kami ajak berjumpa semasa ceramah kami di UM mengenai feminisme, hanya berapa kerat sahaja yang datang.
Siti Kasim pula, nampak sahaja hebat, hakikatnya seperti abu berterbangan.
Bantahan golongan liberal ini terhadap penolakan RUU 355 (bidang kuasa Mahkamah Syariah) depan Putrajaya (lebih tepat, tepi jalan)
Ramai sangat.
Promosi sejak 6 hari sebelum.
Like foto dalam media sosial sampai 600++.
Tetapi yang hadir cuma sembilan orang sahaja.
Sangat kasihan golongan liberal ini kerana bukan sahaja buang masa dan rugi di dunia, malah jika mereka berterusan menyokong kesesatan liberal, Allah menjanjikan:
Barang siapa mencari agama selain agama Islam, maka sekali-kali tidaklah akan terima (agama itu) daripadanya, dan dia di akhirat termasuk orang-orang yang rugi (Ali Imaran: 85)
KETIGA
Ingat yang mereka bukan tidak tahu apa itu liberal, tetapi mereka memilih bersama liberal
Barisan hadapan pejuang liberal di Malaysia, G25, SIS, COMANGO, NEGARA KU, IFC dan lain-lain bukan lepasan SPM. Mereka berpelajaran dan tidak lemah pemikiran untuk berfikir.
Siti Kasim, pejuang tegar liberal setakat ini, sangat lantang dan berani. Dia seorang peguam. Tetapi, dia ahli SIS, penyokong LGBT, bible guna kalimah Allah, tolak undang-undang Islam dan segala huru-hara liberal di Malaysia.
Hakikatnya, mereka liberal penipu yang merosakkan agama. Bukan tidak tahu kebenaran tetapi memang memilih untuk menentangnya.
Sebagai seorang peguam, adalah satu penipuan jika dia tidak tahu cara hukuman sebat yang digariskan oleh undang-undang Islam di Malaysia.
Semua jelas dalam Enakmen Tatacara Jenayah Syariah di Selangor, Johor, Melaka, Perak, Negeri Sembilan, dan negeri-negeri lain di Malaysia.
Di bawah Seksyen 125 dan 126 Akta Prosedur Jenayah Syariah (Wilayah-wilayah Persekutuan) 1997 (Akta 560), diperuntukkan kaedah dan masa pelaksanaan hukuman sebat antaranya seperti berikut:
Seksyen 125 (3) (e), orang itu perlu menggunakan alat sebatan dengan kekuatan sederhana TANPA mengangkat tangan melebihi kepala supaya tidak melukakan kulit pesalah.
Malah dalam tatacara tersebut juga menggariskan alat, waktu, pakaian, kehadiran pegawai perubatan, pengecualian bagi yang berumur atau mengandung dan lain-lain lagi yang menjaga kesejahteraan pesalah itu sendiri.
Hukuman syariah bukan untuk menghukum. Tetapi untuk mendidik, mencegah dan merawat jenayah yang terjadi.
Tetapi hakikat ini ditutup oleh golongan liberal ini. Kononnya mereka tidak tahu. Sedangkan itu adalah kepakaran mereka.
Kesesatan mereka makin jelas di negara tercinta ini. Keterdesakan hebat kelihatan dalam tindakan-tindakan mereka untuk mencabar kedudukan Islam di Malaysia.
KEEMPAT
Kekal dan bersabarlah di jalan dakwah kerana kehancuran yang batil itu adalah pasti.
“Sesungguhnya manusia itu benar-benar berada dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh dan nasihat menasihati dengan kebenaran dan nasihat menasihati dengan kesabaran.” [Al ‘Ashr: 2-3]
Perkara yang paling sukar bagi gerakan Islam di Malaysia adalah mengenal musuh dan kawan mereka.
Duduk sebentar sebelum mengatur langkah, usah menjadi bidak-bidak yang dicatur musuh.
Ingat, selagi belum kiamat. Islam tidak pernah hilang musuh.
ISMA Membangun Umat Beragenda, PEMBINA Meneraju Arus Mahasiswa.
Sharifah Abdul Samad
Aktivis iPeguam
Loading...

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "4 LANGKAH bijak apabila jumpa orang liberal"

Posting Komentar