Loading...

ADA LA MULUT YANG CELUPAR ATA RAMPAS TEMPAT TUH

Loading...
‘Hashim bukan rampas tempat ambo’
‘Hashim bukan rampas tempat ambo’
Ahmad (empat, kiri) ketika menunaikan solat hajat sempena Sambutan 26 Tahun Pentadbiran Membangun Bersama Islam di Dataran Ilmu di sini, semalam. FOTO: Unit Komunikasi Menteri Besar

KOTA BHARU - Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Ahmad Yakob tidak pernah menganggap pelantikan bekas Pesuruhjaya Pas Perlis, Hashim Jasin merampas kedudukannya sebagai Mursyidul Am sebaliknya menjadi penyelamat beliau.

Ahmad berkata, pelantikan Hashim tepat pada masanya walaupun mengikut amalan parti itu sebelum ini menetapkan timbalan akan mengambil alih kedudukan Mursyidul Am sekiranya berlaku kematian.

“Tuan Guru Haji Hashim (Mursyidul Am) tak rampas tempat ambo (saya), bukan ambil jawatan Mursyidul Am, tapi dia menyelamatkan ambo, itu yang besarnya.

“Ambo sebagai Menteri Besar Kelantan inginkan nasihat seorang Mursyidul Am, kalu ambo jadi Mursyidul Am sapo (siapa) nak nasihatkan ambo, jadi ambo minta dia jadi Mursyidul Am, kerana pengalaman dan penglibatan dalam parti sejak sekian lama,” katanya.

Ahmad yang juga Pesuruhjaya Pas negeri berkata demikian ketika berucap pada majlis Sambutan 26 Tahun Pentadbiran Membangun Bersama Islam di Dataran Ilmu di sini, semalam.

Hadir sama, Hashim, Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah dan Pengerusi jawatankuasa sambutan, Datuk Nassaruddin Daud.

Mengulas lanjut, Ahmad berkata, pihaknya akan memberikan kerjasama dan mematuhi setiap keputusan yang dibuat di peringkat Majlis Syura Ulama dalam gerak kerja sebagai parti Islam se-Malaysia.

Dalam pada itu, Ahmad turut mengingatkan agar semua pimpinan meletakkan aspek keikhlasan sebagai tonggak dan syarat utama untuk mencapai kejayaan dalam perjuangan mereka.

“Kita mungkin bodoh, jahil dan tidak tahu apa-apa. Tapi jika keikhlasan kita miliki, ada harapan untuk dilaksanakan cita-cita ini.

Tidak ada gunanya kita cerdik, pandai, sekiranya tidak ikhlas dengan apa yang diperjuangkan, ketepikan kepentingan lain, carilah keikhlasan,” katanya.

Terdahulu, Ahmad menghadiri majlis solat hajat sempena sambutan berkenaan yang diimamkan Tokoh Hijratul Rasul bagi tahun 1437H, Nik Razi Nik Mat yang juga adik kepada bekas Mursyidul Am, Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Loading...

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "ADA LA MULUT YANG CELUPAR ATA RAMPAS TEMPAT TUH"

Posting Komentar