Loading...
Operasi bersepadu agensi-agensi erajaan di Kelantan bersikap samseng? |
Siti Kasim, timbalan bersama pengerusi jawatankuasa Majlis Peguam mengenai hak-hak Orang Asli, mempersoalkan kenyataan
Siti mendakwa operasi bersepadu itu bersikap samseng dan mengancam masyarakat Orang Asli di situ.
"Mengapa mereka berkelakuan seperti samseng? Menembak senjata? Menggunakan gergaji tanpa mengambil kira keselamatan masyarakat Orang Asli?" tulis Siti di fesbuknya.
Beliau juga mempersoalkan kenapa polis di Gua Musang tidak tahu mengenai operasi tersebut. Dilihat pada rakaman vdo kejadian tersebut, tidak ada kereta resmi PDRM.
Mana kereta resmi polis? |
"Adakah begini agensi-agensi kerajaan kita berfungsi?" soal Siti. Malu pada anda JPKM !!
Lihatlah rakaman vdo kejadian, bagaimana perbincangan yang Pengarah Perhutanan Negeri Kelantan cakapkan itu...
Laporan dari Pengarah Perhutanan Negeri Kelantan
Isu tersebut berbangkit disebabkan beberapa rundingan di antara pelesen Syarikat pembalakan di bawah Konsesi Pembalakan Kumpulan Perkayuan Kelantan di bawah Lesen DB 01-05-16 dan DB 01(P)-15-16 dengan Suku Temiar di kawasan Hutan Simpan Balah, Gua Musang.
Pihak Orang Asli telah membina halangan di atas laluan dalam kawasan Hutan Simpan Kekal tersebut bagi menghalang pengeluaran kayu balak daripada kawasan lesen yang sah.
Semalam pada 28. Sept. 2016 satu operasi bersepadu oleh Agensi-agensi Kerajaan ia itu SPRM, Polis Diraja Malaysia dan Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan serta Persatuan Pembalak Negeri Kelantan untuk mengadakan rundingan dan penjelasan tentang isu ini bersama orang asli terbabit di kawasan berkenaan.
Rundingan tersebut tidak mencapai kesepakatan dan operasi bersepadu membuat keputusan meroboh pagar halangan keluar masuk yang dibina oleh orang asli secara tidak sah.
Dakwaan aktiviti penggondolan seperti yang didakwa adalah tidak benar. Operasi bersepadu oleh semua Agensi kerajaan tersebut tidak bolehlah dikatakan membuli orang asli, ianya adalah satu operasi yang mengikut peraturan dan SOP yang telah ditetapkan selaras perundangan yang masih berkuatkuasa.
JPN Kltan terus memantau rapi perkembangan selanjutnya.~ sumber
Loading...
0 Response to "Adakah begini agensi-agensi kerajaan negeri Islam KelManaantan bertindak?"
Posting Komentar