Loading...

Akhirnya Rahsia Pembalakan Di Kelantan Terbongkar?

Loading...
Akhirnya Rahsia Pembalakan Di Kelantan Terbongkar? Bergelimpangan. Tubuhnya dikerat-kerat. Sebahagian kulitnya tersiat. Ada terkulai di jurang dengan yang bersaiz kecilnya sudah menggelongsor di celahan hutan belukar.

Sekilas membaca mungkin ada menyangka itu adalah gambaran kematian besar-besaran akibat situasi perang. 

Hakikatnya, itulah situasi kayu balak yang ditebang ketika tinjauan dilakukan di pedalaman Gua Musang, 10 dan 11 Oktober lalu.

Akhirnya Rahsia Pembalakan Di Kelantan Terbongkar? Ada yang diletak berlonggok manakala batang balak yang berdiameter lebih kecil kelihatan tidak terurus. Rekod kawasan berhutan di Semenanjung Malaysia setakat tiga tahun lalu yang hanya berbaki 5.83 juta hektar atau 44.2 peratus daripada jumlah keluasan 13.18 juta hektar tidak mustahil terus mengecil akibat kerakusan pembalakan ini.

Pembalakan secara tebang habis di kawasan Hutan Simpan Kekal (HSK) di bahagian hulu Kelantan itu dapat disaksikan bersama beberapa kumpulan NGO alam sekitar dalam program kembara anjuran Royalti (R) Malaysia itu.

Diketuai aktivis R Malaysia, Hishamuddin Ghazali atau lebih dikenali sebagai Sham Ghaz, kemusnahan HSK Balah misalnya dapat dilihat dengan salah satu lesen membalak seluas 239 hektar telah dilanjutkan tempoh membalak sehingga 6 Mac tahun depan.


Akhirnya Rahsia Pembalakan Di Kelantan Terbongkar?


Masih ada lori dan jentera balak di kongsi walaupun masyarakat Orang Asli mendesak dibawa keluar.

Walau bagaimanapun, penginapan pekerja balak atau ‘kongsi’ di lokasi tersebut ditinggalkan ekoran penghalang jalan yang dibuat oleh masyarakat Orang Asli dengan menuntut supaya syarikat terlibat membawa keluar segala jentera mereka.

Namun, lain pula halnya dengan situasi di HSK Gunung Stong Selatan, aktiviti membalak secara tebang habis seluas 310 hektar sedang giat berlangsung.

Sekurang-kurangnya terdapat lapan longgokan batang balak setinggi kira-kira tujuh meter di lokasi itu dengan setiap satunya mengandungi tidak kurang 30 batang balak yang bila-bila masa akan diangkut keluar.

Sudahlah memusnahkan ekosistem tadahan air hujan, pembalakan luar kawalan itu turut dikenal pasti menceroboh rizab sungai seperti berlaku di Sungai Jawai tidak jauh dari Pos Gob.

Tidak hairanlah kerja-kerja membalak tidak sampai lima meter dari sumber air itu menjadikan sungai tersebut menjadi semakin cetek separas lutut dengan kelihatan mendapan pasir dipercayai dari tapak pembalakan di sepanjang pinggir sungai.


Bahkan cubaan pihak tertentu untuk menafikan wujudnya aktiviti membalak di air terjun Dakota juga terbukti palsu apabila terdapat banyak tunggul kayu dan batang balak ada sebesar dua pemeluk di sekitar air terjun itu.

Anak sungai di kawasan tersebut juga dihalangi dengan batang-batang balak dipercayai sebagai jambatan bagi memudahkan jentera berat memasuki HSK Balah.

Namun, tekanan daripada Orang Asli suku Temiar di kawasan itu menghalang operasi membalak itu daripada diteruskan.


Akhirnya Rahsia Pembalakan Di Kelantan Terbongkar?


Tidak jauh dari lokasi air terjun itu juga, terdapat rumah kongsi yang didakwa penduduk tempatan baru sahaja ditinggalkan sekitar Ogos lalu.

Hakikatnya, kerja-kerja membalak di kawasan tersebut sebelum ini dikatakan berjalan sejak tahun lalu tetapi dihentikan selepas Orang Asli membuat sekatan jalan.

Selain banyak anak sungai ditimbus alirannya akibat kerja-kerja pembalakan, terdapat bangkai gajah berdekatan Pos Bering. Sumber Orang Asli memberitahu, gajah itu dipercayai dibunuh apabila didapati gading spesis haiwan terancam itu hilang dengan tinggalan lima kelongsong peluru.

Sama ada akibat perbuatan jahat pemburu haram atau pekerja kongsi balak, kematian gajah itu juga dilihat sebagai petanda keburukan pembalakan di hutan berkenaan.


Masyarakat Orang Asli berdemonstrasi menuntut aktiviti pembalakan dihentikan di kawasan rayau mereka.

Turut tidak terkecuali menderita kesan kerakusan pembalakan di Gua Musang itu adalah masyarakat Orang Asli. Seorang pemuda komuniti itu berkata, "Nak cari (tumbuhan hutan) untuk sewang pun semakin susah".

Akhirnya Rahsia Pembalakan Di Kelantan Terbongkar? Bagi warga emas pula, kalau boleh diputar kembali ke masa silam, mereka mengimpikan kehidupan yang mewah ketika itu dengan hidupan sungai bersaiz besar.

Demi kesejahteraan hidup generasi Orang Asli pada masa depan serta pemeliharaan flora dan fauna di kawasan hutan di hulu Kelantan, gema pekikan tuntutan mereka hanya satu: Hentikan pembalakan sekarang! - Malaysia Dateline





Loading...

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Akhirnya Rahsia Pembalakan Di Kelantan Terbongkar?"

Posting Komentar