Loading...
Rasuah di jabatan kerajaan tidak patut berlaku
SHAH ALAM – Penemuan serta rampasan aset dan wang tunai berjumlah RM112 juta oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuktikan negara sedang diselimuti dengan gejala rasuah yang serius.
Pengerusi Malaysian Community Care Malaysia atau Yayasan Keperihatinan Komuniti Malaysia (MCCF), Halim Ishak berkata, kes seperti itu tidak sepatutnya patut berlaku dalam sebuah jabatan penting yang telah diberi tanggungjawab memberikan perkhidmatan kerajaan terbaik kepada rakyat.
“Belum pun reda kes beberapa pegawai kanan sebuah PBT yang didakwa terlibat skandal rasuah termasuk dalam bentuk aset mewah seperti kondominium dan sebagainya baru-baru ini, negara sekali lagi digemparkan dengan kes pegawai kerajaan di Sabah.
“Sekiranya kerajaan benar-benar mahu berusaha secara radikal dalam memerangi rasuah, maka tindakan susulan yang lebih agresif dan radikal juga wajar diambil termasuk terhadap semua golongan bermula dari pemimpin negara sehinggalah kepada rakyat biasa,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Halim berkata demikian ketika mengulas laporan rampasan wang yang terbesar dan penahanan dua pegawai kanan sebuah jabatan kerajaan kerana disyaki menyalahgunakan kuasa.
Sehubungan itu, pihaknya sedia memberikan komitmen serta kerjasama dengan mana-mana agensi penguat-kuasa kerajaan bagi memastikan perasuah dikenakan tindakan wajar.
“Tidak ada pihak yang boleh terselamat di sebalik kuasa yang mereka miliki sekiranya mereka terlibat dengan rasuah.
“Rasuah tidak akan berjaya sekiranya pelaksanaannya hanya pada rakyat dan orang kebanyakan sedangkan golongan elitis dan pemimpin-pemimpin atasan termasuk ketua-ketua agensi kerajaan dibiarkan melakukan sewenang-wenangnya,” katanya lagi.
Loading...
0 Response to "ALA, ORANG ATEH CARA ATEH LA, ORANG BAWAH CARA ORANG BAWAH LA, KEPIMPINAN MELAUI TAULADAN ?"
Posting Komentar