Loading...

ALANGKAH INDANYA BAHAA BERSATU INI,TAK LA MACAM PAN YANG SOMBONG TENGIN

Loading...
Bersatu: Satu lawan satu lebih praktikal
Kamarudin Mohd Noor
Kamarudin Mohd Noor

PASIR PUTEH - Perlawanan satu lawan satu dilihat sebagai kaedah paling praktikal untuk pembangkang menewaskan BN dalam PRU14 akan datang.

Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Kamarudin Mohd Noor berkata, Bersatu merupakan parti baharu yang belum mampu berdiri sendiri menawarkan kerjasama dalam memastikan tidak berlaku pertembungan sesama pembangkang.

Katanya, Bersatu bersedia untuk berunding dengan mana-mana parti di negara termasuk Pas dalam misi menewaskan BN.

"Mungkin kita tidak bertanding di kawasan yang dimenangi Pas tetapi memberi sokongan penuh dan kita akan meminta bertanding di kawasan Pas tewas dalam PRU lalu dengan harapan Pas memberikan sokongan serupa.

"Tapi bukan semua kawasan Pas tewas kita akan bertanding, ia bergantung kepada keadaan dan kesesuaian selain persetujuan bersama," katanya.

Perkara itu katanya, masih dalam perbincangan dan percaya kerjasama itu menjadi kenyataan sekiranya pembangkang bersatu hati serta serius untuk menewaskan BN.

Beliau berkata demikian selepas menyampaikan ceramah pada Ceramah Umum anjuran Kelab Veteran Semerak di Dewan Penggawa Daerah Semerak di Cherang Ruku, dekat sini, malam tadi.

Turut menyampaikan ceramah adalah Penyelia Dun Semerak, Wan Hassan Wan Ibrahim, Ketua Penerangan Pas Pasir Puteh, Zainuddin Awang Hamat dan bekas Adun Melor, Wan Ismail Wan Jusoh.

Kamarudin berkata, Bersatu kini mempersiapkan sayap-sayap seperti pemuda dan wanita dalam usaha memperkasakan parti berkenaan dan menarik lebih ramai ahli menyertainya.

"Kita ni parti yang baru nak berdiri tapi alhamdulillah kita sudah mengenal pasti rakan-rakan untuk menjalinkan kerjasama dan sambutan rakan kepada kita setakat ini amat baik.

"Untuk kita kembali kepada Umno, tidak sama sekali, ia tak akan berlaku kerana kita sudah mula membina budaya kita sendiri, Bersatu akan kekal dan tidak mungkin parti kita ini menyamai Umno," katanya.

Tambahnya, walaupun pimpinan Bersatu terdiri daripada 'orang lama' tetapi semangat berintegriti ini mampu menjadikan Bersatu sebagai parti yang kukuh serta berpendirian jelas.
Loading...

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "ALANGKAH INDANYA BAHAA BERSATU INI,TAK LA MACAM PAN YANG SOMBONG TENGIN"

Posting Komentar