Loading...

[ANNUAR PERLU KE KELAS ENOKOMI] 1MDB: Jawapan Balas kepada Annuar Musa yang cuba pertikai TS Muhyiddin

Loading...

JAWAPAN KEPADA ANNUAR MUSA
Tan Sri Annuar Musa, Ketua Penerangan UMNO, menuduh Tan Sri Muhyiddin tidak mengetahui fakta tentang ekonomi ketika berucap membahaskan Bajet 2017 di Perlimen baru2 ini.
ANNUAR MUSA KATA:
Tan Sri Muhyiddin menyebut hutang 1MDB RM53b,sedangkan hutang semasa 1MDB adalah RM20b. Dan kesemua hutang tersebut adalah hutang jangka pjg YANG TIADA SATU PUN YG SUDAH MATANG..Hingga hari ini KERAJAAN TIDAK PUN MELAKUAN SEBARANG BAIL OUT dan 1MDB BERUPAYA MENGURUS SENDIRI hutang Perniagaan mereka. Tidak spt yg cuba di takut takutkan oleh sesetengah pihak.
JAWAPAN KEPADA ANNUAR MUSA:
Baca laporan Ketua Audit Negara. Tanggungan 1MDB sehingga tahun lalu ialah RM53 bil. Anuar Musa tak boleh beza hutang dgn tanggungan. Jika hutang RM20 bil, secara logiknya tanggungan termasuk interest mestilah melebihi RM20 bil.
ANNUAR MUSA KATA:
TSMY mendakwa berdasarkan "KAJIAN KE ATAS LAPURAN KETUA AUDIT NEGARA",kononnya Negara kerugian antara rm23-40billion akibat kelemahan PENGUATKUASAAN,rasuah dan salah Urus tadbir. Kenapa tidak di sebut kajian mana dan oleh siapa?
JAWAPAN KEPADA ANNUAR MUSA:
Anuar Musa tak perlu tanya siapa buat kajian. Dia perlu baca Laporan Ketua Audit Negara dan kaji sendiri secara terperinci. Misalnya, Laporan Ketua Audit Negara 2015 menyenaraikan kerugian2 yg ditanggung oleh kerajaan seperti 
pembayaran sebanyak RM56.36 juta untuk khidmat pembersihan yang tidak wajar
RM29 juta duti import kereta yang tidak dikutip
kes 'tax evasion' bernilai RM44 juta yang tidak diambil tindakan
RM26.87 juta kerugian dalam projek pembangunan Pusat Pendidikan Pertahanan Kebangsaan
ketirisan RM3.36 bilion dalam pengagihan subsidi beras ST15
kerugian RM3.35 bilion kerana negeri2 pantai Timur tidak diberi keutamaan dalam pelaksanaan projek tebatan banjir, dll. I
ni hanya sebahagian drp apa yg dilaporkan dlm Laporan Ketua Audit Negara. Jika jumlah kerugian keseluruhan di 'extrapolate' maka jumlah anggaran kerugian antara RM28 bil - RM40 bil setahun adalah realistik.
ANNUAR MUSA KATA:
TSMY secara bohong memberitahu Parlimen kononnya beliau berjaya menghalang kabinet dari meluluskan pinjaman RM 3b kpd 1MDB kerana wang itu di perlukan utk membayar faedah dari hutang tanggongan 1MDB. Walhal dari sumber IMDB pinjaman itu adalah utk pembangunan TANAH TRX DAN JANAKUASA JIMAH(Timur). Janakuasa tersebut terpaksa di Jual dgn harga lebih rendah akibat HALANGAN TSMY itu. Ia dibuat PENAMBAHBAIKAN terleih dahulu, 1MDB pastinya beroleh laba yg lebih besar bila ianya di jual. Isunya TSMY sanggup berbohong tentang utk apa pinjaman 3b di pohon dari kjaan spt terdapat dlm kertas kabinet.
JAWAPAN KEPADA ANNUAR MUSA:
Kelulusan RM3 bil kpd 1MDB adalah utk tujuan yg sama dgn standby credit RM950 juta yg diluluskan oleh kabinet. Nak tahu siapa bercakap benar sila declassify minit mesyuarat Jemaah Menteri yg berkenaan.
Mungkin agak sukar utk kerajaan declassify minit mesyuarat Jemaah Menteri. Jadi, mari kita lihat laporan Beria Harian bertarikh 12 Mac 2015 yg menyebut karajaan menyuntik dana RM950 juta kpd 1MDB utk menyelesaiakan masalah ALIRAN TUNAI syarikat itu.
KUALA LUMPUR: Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berkata kerajaan menyuntik dana sebanyak RM950 juta kepada 1Malaysia Development Bhd (1MDB) sebagai kredit tersedia. Beliau berkata, dana berkenaan adalah bagi membantu menyelesaikan masalah aliran tunai 1MDB secara sementara sebelum syarikat itu membuat tawaran awam permulaan (IPO) yang dijangka pada September ini.
Selanjutnya di : http://ift.tt/2ead6Jq
ANNUAR MUSA KATA:
TSMY juga cuba menyelewengkan Parlimen dgn menyatakan KAJIAN PAKAR meletakkan nilai ringgit sepatutnya berada pada tahap RM3.50 bagi USD1.00. Nilai ringgit kini lebih rendah kerana sentimen negative berpunca dari 1MDB. Pakar mana yg membuat andaian sedemikian? Jika benar, mengapa pada awal Januari 2015 sebelum isu 1MDB meletup Nilai ringgit waktu itu sudah berada pada Paras 3.51? Rupanya TSMY langsung tidak mempunyai pengetahuan tentang punca utama pengukuhan nilai matawang Amerika berbanding matawang lain d dunia. Beliau tidak tahu bagaimana KENAIKAN KADAR FAEDAH oleh bank pusat US sebenarnya memberi impak pada nilai greenback (dollar Amerika).
JAWAPAN KEPADA ANNUAR MUSA:
Sentimen negatif terhadap ringgit sebagai faktor kejatuhan nilai ringgit di bawah paras yg lebih rendah drp sepatutnya pernah disebut oleh bekas Gabenor Bank Negara, Tan Sri Zeti Akhtar Aziz, dalam satu mesyuarat yg dipengerusikan oleh YB TSMY di Parlimen ketika beliau masih TPM. TS Zeti sebut berdasarkan fundamental ekonomi, nilai ringgit kita tidak boleh melebihi RM3.50 satu dollar. Yang selebihnya itu adalah sentimen pasaran yang negatif terhadap Malaysia disebabkan oleh skandal kewangan paling buruk dlm sejarah.
ANNUAR MUSA KATA:
TSMY juga membuat dakwaan kononnya matawang kita lemah dan terdedah pada serangan dan kononnya 1997 kita punya REZAB yg kukuh. Ternyata TSMY telah lupa segala angka dlm ingatan dek amarahnya. Beliau lupa rezab Negara pada 1997 hanya USD20b berbanding sekarang yang 5 kali lebih tinggi.
JAWAPAN KEPADA ANNUAR MUSA:
TSMY sebut rizab kita MASIH KUKUH pd tahun 1997. Bukan LEBIH TINGGI berbanding skrg. Nak tahu rizab kita kukuh atau tidak lihatlah hutang luar negara kita. Pada suku kedua tahun 1997, degan rizab negara kita berjumlah USD20.5 bilion, hutang luar negara Malaysia hanya berjumlah RM9.063 bilion iaitu yg terendah dlm tempoh 1990 hingga 2016, manakala pada suku kedua 2016 rizab negara kita berjumlah USD97.8 bilion dengan hutang luar negara berjumlah RM848.2 bilion, iaitu yang tertinggi dalam tempoh yang sama. Bagi yang faham ekonomi, rizab negara kita lebih kukuh pada tahun 1997 atau 2016? Oh ya, Annuar Musa juga tak sebut rizab kita dah merosot sebanyak USD37.1 bilion pada tahun ini berbanding USD134.9 bilion pada tahun 2013.
Sekian.
Loading...

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "[ANNUAR PERLU KE KELAS ENOKOMI] 1MDB: Jawapan Balas kepada Annuar Musa yang cuba pertikai TS Muhyiddin"

Posting Komentar