Loading...

Apa salah cikgu?

Loading...
Nukilan ini telah diviralkan di media sosial keluhan seorang guru. Kami juga terasa dengan apa yang diluahkan...

Kadang-kadang saya sendiri tak faham, apa motifnya orang asyik nak cari salah guru. Mungkin ada yang bermasalah tapi tempiasnya kena pada semua guru. Cuba kita fikir, dimana kita tanpa guru. Saya sendiri pun dah biasa kena denda atau rotan masa sekolah tapi tak pulak menjadi dendam hingga nak merendah-rendahkan martabat seorang.
Baru lepas baca surat khabar tentang kes 2 orang murid lelaki merogol seorang murid di bilik stor. Yang menjadi tanda tanya, kenapa pengetua harus disalahkan... memang kawasan sekolah adalah tanggungjawab pengetua tapi sahsiah, keperibadian, pegangan agama, bukankah itu semua tanggungjawab bersama. Ibubapa, guru juga masyarakat berperanan dalam pembentukan sahsiah anak2 hari ini.

Ada pulak yang suka membanding bandingkan kerja, konon nya cikgu kerja senang, gaji besar, kereta besar. Seronok sangat kalau itulah realitinya. Setiap kerja ada susah dan senangnya. Apa yang kita jadi hari ini adalah atas usaha dan takdir kita. Itu sebab kita kena percaya pada qada dan qadar. Tak perlu nak membanding banding, bersyukurlah dengan apa yang kita ada. Kalau kerja jadi jaga pun tak juga senang, jangan rasa pekerjaan kitalah paling susah dan pekerjaan orang lain senang.

Guru sekarang bukan sahaja mengajar tapi dia juga antara orang yang paling rapat dengan anak-anak kita. Kita keluar bekerja, anak-anak ke sekolah bermula dari sekolah agama hingga ke sekolah kebangsaan. Balik rumah, ibu dan ayah masih lagi sibuk di tempat kerja. Balik malam, kadang-kadang anak pula dah tidur. Mungkin bagi sesetengah ibubapa, bila bagi duit belanja, langsai sudah tanggungjawab tuan puan untuk hari tue. Tuan puan serah bulat-bulat anak-anak tersebut pada pihak sekolah. Mana tanggungjawab kita sebagai ibubapa dalam pembentukan sahsiah anak-anak.

Anak tuan puan bermasalah dan perlu dihantar ke pendidikan khas, sepatutnya tuan puan bersyukur sebab masih ada yang sudi mengambil berat dan membantu. Bukan tujuan guru ini lepas tangan tapi dia memikirkan kebaikan puan anak tuan puan sendiri. Kalau guru itu tidak prihatin, mungkin sampai bila2 pun anak itu tidak dibantu dengan sewajarnya. Bila anak tuan puan membuat masalah displin dan tuan puan ke sekolah. Ada pulak yang menyalahkan pihak sekolah dengan alasan “ANAK SAYA BAIK SAHAJA DI RUMAH”. Realitinya anak-anak di rumah tidak akan sama di sekolah. Dengar dulu permasalahannya supaya sama2 boleh mencari penyelesaian. Siasat dimana kelemahan dan kekurangan agar dapat anak2 ini dibantu.

Bila pihak sekolah mengharapkan bantuan ibubapa, ada pulak yang bersungut kata sekolah nie tak habis-habis minta duit. Maaf kalau saya katakan, anda memang kedekut untuk membelanjakan duit anda untuk anak2. Telefon canggih mampu beli, astro, rokok semua anda mampu tapi bila minta menyumbang kertas A4 satu rim pun kekadang, ada yang riuh di group fb masing-masing. Itu belum lagi bab gotong royong, kadang2 ibubapa yang sama sahaja yang datang.

Kalau tuan puan kadang2 boleh naik angin, naik tangan melayan kerenah anak2 tuan puan yang tak berapa ramai tue, bayangkan guru2 yang mengadap anak2 murid seramai 40 orang satu kelas dengan pelbagai kerenah, bagaimana kalau guru itu mengajar 2 atau 3 kelas satu hari. Itu baru kerenah anak2, belum lagi ibubapa yang datang menyerang. Sebelum ada ibubapa menyerang guru, ada baiknya dapatkan cerita kedua-dua belah pihak. Kalau masih tak berpuas hati, ada saluran yang betul bagi tuan puan mengambil tindakan.

Siapa kata gaji cikgu besar, gaji guru sama sahaja macam kakitangan awam yang lain. Kalau kakitangan awam lain ada elaun lebih masa, guru2 nie memang tak merasalah. Kalau ada yang bekerja luar kawasan, boleh menuntut elaun perjalanan, guru2 pun ada tapi kadarnya x sama macam kakitangan lain. Kadang2 guru dibayar RM10 untuk perjalanan 2 hala ke PPD. Belum lagi dikira guru membeli segala printer dan ink menggunakan duit sendiri. Menghias kelas, fotostat dan segala macam aktiviti yang memerlukan guru tue sendiri yang mengeluarkan duit.

Kadang2 terdengar juga rungutan ibubapa, bila ada majlis cikgu makan sedap, anak murid melopong tengok cikgu makan. Ini memang lawak, cikgu2 makan sedap sebab cikgu bayar, hari guru pun guru bayar sendiri untuk jamuan guru. Ini baru betul syok sendiri. Orang lain x sudi meraikan mereka, apasalah mereka meraikan diri mereka sendiri. Minta duit untuk anak-anak pun menjadi isu, apatah lagi kalau nak minta ibubapa duit untuk makan guru, memang tidak la.
jobs from my.neuvoo.com

Ini belum lagi cerita bab cuti, seronoklah cuti gaji jalan. Ayat bikin panas betul. Memang nampak cuti akhir tahun panjang tapi mesti ramai yang tak tahu 1 minggu pertama cuti kena datang sekolah untuk tutup segala fail, 1 atau 2 minggu terakhir cuti pun kena datang sekolah sebab kena bersedia untuk perancangan tahun hadapan. Itu belum sebut segala macam data yang perlu diisi sampai waktu malam orang lain tengah lena tidur, guru2 nie bersengkang mata memasuk data anak2 tuan puan. Cuti penggal atau tengah tahun, kena bawa balik kertas periksa ke rumah untuk ditanda, kena pulak masukkan lagi markah secara online. Itu belum lagi kena bawa murid untuk aktiviti luar. Dah la guna kenderaan guru tue sendiri, kadang2 belanja pun duit guru tue sendiri. Sabtu pulak ramai yang kena datang untuk aktiviti sekolah, duilangi semula, datang hari sabtu tak ada elaun OT (kerja lebih masa). Datang kelas tambahan ke sekolah pun tak dibayar elaun OT.

Baru cuti jerebu, mak ayah dah sibuk salahkan cikgu sebab kena bawa anak2 ke tempat kerja. Guru pun dah biasa tinggalkan anak sendiri sebab nak menjaga anak-anak tuan puan. Perlulah mereka mencanangkan ke media massa atau fb, rasanya jarang sangat nak jumpa. Guru-guru nie tak harap pun sanjungan atau orang lain memuji mereka. Apa yang diharapkan ialah anak-anak didik mereka menjadi orang yang disenangi, berjaya.

Penat dah taip panjang-panjang tapi pada saya, bersyukurlah dengan apa yang kita ada. Tak perlu membanding, hiduplah seadanya. Semua orang memainkan peranan, ibubapa, guru, sekolah, masyarakat semuanya terlibat dalam pembentukan anak-anak kita.

“BULAT AIR KERANA PEMBENTUNG, BULAT MANUSIA KERANA MUAFAKAT”


Loading...

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Apa salah cikgu?"

Posting Komentar