Loading...
BERITA baik untuk golongan muda yang pertama kali beli kereta!
Difahamkan, dalam Bajet 2017 yang akan dibentang Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, Datuk Seri Najib Tun Razak pada 21 hari bulan ini, tiada bayaran cukai eksais akan dikenakan ke atas kereta pertama yang dibeli.
Jika dikuat kuasa, jumlah cukai eksais yang boleh dijimatkan antara RM300 hingga RM2,000 bergantung ke atas kereta tempatan ataupun import yang dibeli mereka.
Menurut sumber yang memberitahu kepada Sin Chew Jit Poh, Jabatan Kastam Diraja Malaysia akan menyenaraikan jenis kereta terlibat pengecualian cukai eksais ini dan difahamkan, ia membabitkan jenis kereta dengan enjin berkapasiti kecil serta mampu ditanggung oleh golongan muda.
Kata sumber itu lagi, kebanyakan jenis kereta yang bakal menikmati pengecualian cukai eksais adalah kereta tempatan seperti Proton.
Buat masa ini, sama ada kereta tempatan, import ataupun jenama kereta import yang melakukan pemasangan enjin di negara kita dikenakan cukai eksais oleh kerajaan.
Bagaimana pun, cukai eksais yang dikenakan terhadap kereta tempatan lebih rendah berbanding kereta import.
Bagi syarikat pengeluar dan penjual kereta, berita pengecualian cukai eksais ini sudah pasti merangsang jualan kereta dalam pasaran yang agak menurun sejak kebelakangan ini. - SH
Loading...
0 Response to "[BAJET 2017] Kerajaan bakal KECUALIKAN CUKAI EKSAIS bagi pembelian kereta pertama?"
Posting Komentar