Loading...

Berang dengan jiran, guru buka seluar tunjuk 'anu'

Loading...
KUALA LUMPUR, 25 Okt — Seorang guru sambilan direman polis kerana menunjukkan kemaluan kepada jirannya semasa pertengkaran di pangsapuri Teratai Mewah, Setapak, di sini.

Bersenjatakan pisau pemotong daging dan besi, lelaki 40-an itu membuka seluar dan menunjukkan alat sulit kerana didakwa berang dengan jiran tingkat atas yang membuat bising.
“Bagaimanapun, jirannya itu mendakwa tidak membuat sebarang aktiviti yang menghasilkan bunyi bising kerana menonton televisyen,” kata sumber dilapor Harian Metro.

“Pertengkaran berlaku dalam tempoh beberapa minit dan lelaki itu turut mengeluarkan kata-kata kesat sebelum secara mendadak membuka seluarnya dan menunjukkan kemaluan.”

Jirannya sempat merakamkan kejadian yang menunjukkan lelaki berkenaan berdiri di luar pintu jeriji besi rumahnya.

Lelaki dalam video berdurasi 54 saat itu juga didapati berseluar pendek paras lutut sambil memegang pisau dan batang besi sebelum bukti itu dibawa kepada polis.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju Supt Mohamad Roy Suhaimi Sarif yang mengesahkan laporan berkata suspek kini direman dan disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan. – MMO

jobs from my.neuvoo.com
Loading...

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Berang dengan jiran, guru buka seluar tunjuk 'anu'"

Posting Komentar