Loading...

BERSETUJU MENGUNDI BERMAKNA BERSETUJU BAYAR GST

Loading...

Pas konsisten tentang pelaksanaan GST
Nasrudin Hassan
Nasrudin Hassan
SHAH ALAM – Pas konsisten menentang  pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) kerana ia mengakibatkan rakyat menanggung kos sara hidup yang tinggi disebabkan peningkatan harga.

Ini kerana menurut Ketua Penerangan Pas Pusat, Nasrudin Hassan, GST adalah cukai yang dikutip tanpa membezakan kemampuan kewangan seseorang termasuk golongan miskin.

Jelasnya, pelaksanaan cukai tersebut bertentangan dengan prinsip Islam.

“Saya tidak setuju dengan kenyataan Datuk Seri Najib Razak selaku Menteri Kewangan di Dewan Rakyat kelmarin yang mengatakan bahawa ekonomi negara akan lumpuh tanpa GST.

“Selepas harga komoditi minyak dan nilai Ringgit mengalami kejatuhan, keputusan yang dibuat Kerajaan untuk bergantung kepada hasil GST menunjukkan kerajaan sendiri tidak kreatif dan inovatif dalam menyelesaikan masalah dan cabaran ini,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurutnya lagi, Pas menerusi Dokumen Hijau mencadangkan agar hasil pendapatan negara ditampung dengan cukai atas simpanan syarikat dan korporat, dan cukai atas keuntungan perdagangan saham bagi menampung ekonomi negara.

Katanya lagi, pelaksanaan kedua-dua cukai ini dijangkakan akan mendatangkan hasil pendapatan sebanyak RM51.5 bilion berbanding hanya RM39 bilion dengan GST.

“Percukaian seperti ini dilihat lebih berkesan dan mampan untuk menyelesaikan masalah kekurangan hasil pendapatan negara sekaligus dapat merapatkan jurang antara golongan kaya dan miskin.

"Ia sepatutnya meningkatkan kemampuan perbelanjaan dan kekuatan modal golongan B40 berbanding GST yang merupakan formula membebankan ekonomi rakyat dan adalah mustahil ekonomi negara akan selamat dengan melaksanakan apa yang diharamkan oleh ALLAH,” katanya lagi.
Loading...

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "BERSETUJU MENGUNDI BERMAKNA BERSETUJU BAYAR GST"

Posting Komentar