MALAYSIAN DIGEST
MIRI - Polis telah membongkar kegiatan mencuri pasir di litar lumba go kart Permyjaya serta merampas 20 lori serta dua jenkaut bernilai lebih RM2 juta, jam 8 pagi hari ini.
Pegawai Pemerintah Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion ke-12 Miri, Superintendan Tan Hiap Seng berkata, atas maklumat serta intipan selama seminggu 20 buah lori ditahan pada pagi ini dengan 10 sudah diisi dengan pasir manakala 10 lagi masih kosong menunggu untuk diisi dengan pasir.
"Siasatan mendapati pasir yang dicuri ialah milik kerajaan negeri untuk dibawa bagi projek pembinaan Poliklinik kerajaan di jalan Padang Kerbau," katanya dalam sidang media di sini, hari ini.
Selain daripada lori dan jenkaut, beliau berkata, seramai 22 pemandu lori termasuk pemandu jenkaut berumur 30an-50an telah ditahan polis untuk membantu siasatan.
Beliau berkata, operasi yang dijalankan bersama dengan Jabatan Tanah dan Survei Miri itu mendapati kontraktor yang bertanggungjawab ke atas lori-lori tidak mempunyai permit untuk membawa pasir dan ini menyalahi undang-undang di bawah Seksyen 32 (a) Kanun Tanah Sarawak. - Bernama
Related Posts :
Bersatu Adalah Parti Miskin Untuk Orang Miskin April 14, 2017 by Caspian Category: editor Dipihak pro kerajaan, ramai yang menuduh Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) merupakan sebuah parti yang mempunyai dana yang banyak. Tuduhan mereka ini bersandarkan kepada penguasaan Tun Dr Mahathir Mohamad di dalam parti itu serta dianggotai oleh mereka yang sudah berjaya dalam bidang masing-masing. Hakikat sebenarnya, Bersatu sebenarnya adalah sebuah parti yang baru sahaja ditubuhkan sekitar 6 bulan yang lalu. Menyebut parti baru, sudah tentunya parti ini tidak mempunyai sumber kewangan yang kukuh seperti yang didakwa. Andai Bersatu benar-benar sebuah parti yang kaya, tidak perlulah parti ini menyertai Pakatan Harapan kerana mereka juga ingin meminta bantuan samada dari segi sokongan mahupun kewangan dari Pakatan Harapan. Sebenarnya, Tun M menubuhkan Bersatu adalah untuk membela nasib golongan miskin di luar sana. Ini kerana, UMNO dan BN sendiri merupakan parti orang-orang kaya dan tidak ada sebuah parti yang mampu membela nasib orang miskin. Dengan sumber kewangan yang tidak menentu, Bersatu berdiri di atas usaha mereka yang miskin bagi membela nasib orang-orang miskin. Inilah dasar sebenar perjuangan Bersatu dalam arus politik Malaysia. Caspian
Dipihak pro kerajaan, ramai yang menuduh Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) merupakan sebuah parti yang mempunyai dana … Read More...
Perlaksanaan Sistem Mata Demerit bermula hari ini, kata JPJ… Read More...
Eksklusif!! Rafizi Intai Peluang Sertai DAP?Suara Kebenaran
Berikutan pendirian rasmi PKR yang kini menyokong pula RUU355, Ahli Parlimen Pandan merangkap Naib Presiden parti itu d… Read More...
PAS Johor tanding 40 kerusi jika putus kerjasama dengan pembangkang… Read More...
Hipokrasi dalam pembudayaan Melayu… Read More...
0 Response to "Curi Pasir: Lori, Jenkaut Bernilai RM2 Juta Dirampas"
Posting Komentar