Loading...

DARI PKR KEPADA HARAPAN RAKYAT, KALO DENGAN PKR TIADA HARAPAN

Loading...

Lajim Ukin presiden Parti Harapan Rakyat Sabah
Lajim Ukin
Lajim Ukin itemui di RoS, hari ini. - Foto Sinar Harian oleh AFIQ RAZALI

PUTRAJAYA - Bekas Pengerusi Perhubungan PKR Sabah, Datuk Seri Lajim Ukin hari ini mengumumkan beliau bakal menerajui sebuah parti baharu yang dinamakan Parti Harapan Rakyat Sabah (Harapan Rakyat) yang diluluskan hari ini.

Menurutnya, sudah tiba masanya untuk beliau mewujudkan parti khas untuk Sabah dan juga memperjuangkan hak rakyat negeri itu.

"Parti ini bertujuan untuk menuntut hak dan memperjuangkan hak rakyat Sabah iaitu dari segi ekonomi, pembangunan, hak kesamarataan dan banyak lagi perkara yang perlu dituntut.


"Kami membawa suara rakyat Sabah yang mahu setanding dengan negeri-negeri lain," katanya ditemui di Pejabat Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS), di sini, hari ini.

Lajim Ukin sebelum ini merupakan Pengerusi Perhubungan PKR Sabah sebelum bertindak keluar dari parti tersebut awal bulan ini.

Menurut Lajim Ukin,  beliau telah hilang keyakinan terhadap kemampuan parti itu untuk mendapat sokongan rakyat Sabah dalam pilihan raya akan datang.

Tambahnya lagi, sudah tiba masanya untuk pimpinan di Sabah dipimpin oleh parti tempatan sendiri.
" Itulah harapan rakyat Sabah kini di mana mereka ingin tentukan mengikut acuan sendiri.

"Namun tidak bermakna kami  tidak mahu bersama dengan Malaysia, cuma Sabah punyai lebih kebebasan untuk tentukan haluan negeri itu" katanya lagi.

Beliau juga tidak menolak kemungkinan sekiranya pimpinan PKR Sabah yang keluar parti sebelum ini akan menyertai parti tersebut.
Loading...

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "DARI PKR KEPADA HARAPAN RAKYAT, KALO DENGAN PKR TIADA HARAPAN"

Posting Komentar