Loading...

Guru maut akibat serangan jantung ketika memandu

Loading...
TANAH MERAH: Seorang guru meninggal dunia ketika sedang memandu kereta ke rumah ibunya di Jalan Lubok, di sini, petang tadi, dipercayai akibat serangan jantung.
Dalam kejadian kira-kira jam 2.20 petang itu, Mohamad Azam Ab Manaf, 54, yang tinggal di Jalan Taman Adabi, di sini, memandu kereta jenis Perodua Viva, seorang diri.

Ketua Polis Daerah Tanah Merah, Deputi Superintendan Suzaimi Mohamed, berkata siasatan awal mendapati kenderaan dipandu mangsa hilang kawalan sebaik tiba di tempat kejadian.

"Berikutan itu, kenderaan mangsa terbabas ke kanan jalan tapi tidak menyebabkan kemalangan dengan kenderaan lain.

"Mangsa dibawa ke Hospital Daerah Tanah Merah (HTM) bagi menjalani pemeriksaan . Laporan doktor mengesahkan mangsa menghadapi serangan jantung ketika memandu," katanya.Suzaimi.

Kes kemalangan itu disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Difahamkan, isteri arwah juga meninggal dunia akibat serangan jantung selepas menunaikan solat, kira-kira setahun lalu.

jobs from my.neuvoo.com
Loading...

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Guru maut akibat serangan jantung ketika memandu"

Posting Komentar