Loading...
Ahli Parlimen Sepang, Hanipa Maidin menafikan ucapan Hj Hadi di TV3 malam tadi kononnya beliau sokong GST.
Beginilah sifat mulia dan sebenar orang AMANAH....yang benar tetap dinyatakan benarnya, yang bohong dia nyatakan pembohongannya. Menerusi fesbuknya Hanipa Maidin menulis :
Saya sedang menonton Buletin Utama TV3 dan sebentar tadi TV3 twisted ucapan Yb Marang kononnya beliau sokong GST..to be fair to Yb Marang keseluruhan ucapan beliau tidaklah menyokong GST meskipun dlm muqadimmah ucapan beliau ,dia ada menyatakan bahawa tidak dinafikan GST adalah mekanisme yg berkesan uk kutip cukai dan selesaikan masalah orang tak bayar cukai..tapi,TV3, in practising irresponsible journalism, hanya ambil bahagian tu shj dan tidak siar keseluruhan ucapan YB Marang dan siarkan di Buletin Utama kononnya Yb Marang sokong GST! Saya ada di dewan masa Yb Marang berucap.
Muhammad Syafiq Azmi : Saya puji sikap YB Hanipa Maidin. Walau ketika dia sakit dulu penyokong PAS katakan itu kafarah akibat bawa lari kerusi, ianya sedikit pun tidak ditegur oleh pimpinan PAS yang ada.
Tetapi apabila TV3 melaporkan bahawa Dato Seri Presiden PAS Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang menyokong GST, YB Hanipa Maidin tampil membuat penjelasan ianya telah sengaja disalah lapor oleh TV3.
YB Hanipa Maidin juga mengesahkan beliau mendengar keseluruhan ucapan kerana beliau berada didalam dewan ketika itu.
Tahniah YB Mohamed Hanipa Maidin kerana berlaku adil kepada Presiden PAS. Mungkin semua daripada boleh mengambil contoh sikap yang terpuji ini. Moga dipelihara kesihatan beliau untuk terus berjuang. Iqra'.
Loading...
0 Response to "Hanipa Maidin : Yang benar tetap dinyatakan benarnya"
Posting Komentar