Loading...
Pengacara terkenal yang mengendalikan program Ruang Bicara Bernama TV, Dahlan Maamor, hari ini berkata, tindakan ‘pendedak’ menyebabkan beliau digantung daripada menjadi host program itu.
Tindakan itu dikatakan dibuat selepas Dahlan menulis sedutan Ruang Bicara mengenai peguam Adnan Seman yang memohon Datuk Seri Najib Razak berfikir secara serius untuk berundur jika tindakan itu membawa kepada penyatuan ahli UMNO dan mengembalikan keyakinan rakyat kepada pemerintah.
“Tindakan DS Azman Ujang yang tak profesional dan pendedak dalam pembikinan tanpa memikirkan sumbangan saya kepada Bernama tv bertindak “menggantung saya” daripada mengacarakan program Ruang Bicara.
“Kepada Azman ujang teruskan perangai anda dengan menghukum tanpa kaji selidik dan sikap anda membuatkan ramai yang turut terkilan dan bosan,” katanya menulis dalam Facebook beliau sebentar tadi.
Dengan tajuk ‘Selamat Tinggal Ruang Bicara’, Dahlan mendakwa beliau dituduh mahu menjatuhkan saf kepimpinan Bernama.
“Menuduh saya untuk menjatuhkan saf kepimpinan di Bernama agak keterlaluan. Dan ia bukan matlamat Saya. Saya bukan orang politik tapi hari ini orang sekecil saya pun menjadi mangsa orang media seperti Azman Ujang.
“Saya bermula kehidupan di Kuala Lumpur dengan bersarapan dan makan tengahari beralaskan air paip. Tak mungkin saya menyerah selepas mengharungi keperitan itu. Berita yang lebih hebat Dari sekarang.
“Langkah akan terus saya hayun walaupun saya manusia kerdil dan serba tiada. Itu bukan alasan untuk duduk diam. Kalau pun saya dianggap seperti anjing menyalak bukit, ingat…saya bukan nak meruntuhkan bukit tetapi menghalau babi di atas bukit,” tulisnya.
Difahamkan, kali terakhir Dahlan menjadi host program Ruang Bicara ialah pada 24 Oktober lalu yang membincangkan topik Bajet 2017: Menangani Kos Hidup Rakyat
Loading...
0 Response to "Hos Bernama TV, Dahlan Maamor Dakwa Tekanan dari UMNO punca dia DIGANTUNG"
Posting Komentar