Loading...
Alyaa Azhar
ADUN Sekinchan Ng Suee Lim mempersoalkan sebab sebenar di sebalik gerakan Baju Merah memilih khidmat masyarakat hari ini.
Pada majlis minum petang anjuran konvoi BERSIH dari Sekinchan ke Kuala Selangor, Ng "mengucapkan tahniah" kerana kumpulan Baju Merah hari ini sibuk melakukan kerja amal.
Katanya, beliau dimaklumkan bahawa 'Hotel Sekinchan Ikan bakar' akan ditenggelami air sekiranya berlaku fenomena air pasang.
Hotel yang dimaksudkan Ng ialah Resort Ikan Bakar yang dimiliki ketua gerakan itu, Datuk Seri Jamal Md Yunos.
"Salah satu sebab kenapa Jamal buat kerja amal kerana saya dimaklumkan Hotel Sekinchan Ikan Bakar kalau air naik terlalu tinggi ia mungkin akan tenggelam
"Jadi dia kena buat benteng lebih tinggi kalau tak...," katanya yang disambut gelak ketawa.
"Kononnya kerja amal tapi kepentingan peribadi lebih," kata Ng.
Semalam, Jamal yang juga Ketua Umno Bahagian Sungai Besar berkata pihaknya akan bergotong-royong membantu penduduk kampung yang sedang diancam oleh air pasang besar.
Fenomena air pasang dijangka berlangsung dari hari ini hingga 19 Oktober.
BERSIH kini sedang mengadakan siri jelajah seluruh negara untuk membina momentum menjelang perhimpunan BERSIH 5 pada 19 November.
Kumpulan baju merah, yang mengancam untuk berhadapan dengan peserta BERSIH 5 pada hari himpunan tersebut, juga telah mengganggu konvoi gabungan itu.
Kumpulan Baju Merah dan aktivis BERSIH bertempur selama dua kali apabila Jamal dan orang-orangnya cuba menyekat konvoi baju kuning.
Minggu lalu, seorang penyokong BERSIH dibaling telur dan ditendang oleh penyokong Baju Merah.

0 Response to "'Jamal buat kerja amal sebab hotel ikan bakar nak tenggelam'"
Posting Komentar