Loading...

KEBANGKITAN BERMULA ?

Loading...

3,000 berhimpun mahu Guan Eng letak jawatan
5,000 berhimpun mahu Guan Eng letak jawatan
Himpunan pemuda berbaju merah bermula jam 2.00 petang tadi.

GEORGETOWN - Kira-kira 3,000 pemuda berkumpul di Persiaran Gurney di sini bagi menunjukkan sokongan kepada Umno dalam menggesa Ketua Menteri, Lim Guan Eng meletak jawatan.

Selain itu, mereka yang memakai baju berwarna merah dan menunggang motosikal itu berhimpun di Bulatan Persiaran Gurney sejak jam 2 petang tadi.

Ketua Pemuda Umno Pulau Pinang, Rafizal Abdul Rahim berkata, himpunan itu yang dinamakan Himpunan Bangkit Pulau Pinang 2016  itu turut bertujuan menggesa polis tidak memberi permit kepada Perhimpunan Bersih (Bersih) yang dijangka diadakan di Pulau Pinang 19 November nanti.

"Hari ini kita berhimpun di sini untuk menunjukkan kepada masyarakat bahawa jika Bersih diadakan di sini, ramai peniaga terganggu dan aktiviti orang awam terjejas. Ini baru 3,000 orang, kita dah nampak ia mengganggu orang ramai.

"Oleh itu, kita tentang habis-habisan Perhimpunan Bersih di Pulau Pinang. Selain itu, kita juga gesa Guan Eng undur kerana kes rasuahnya yang sudah dibawa ke mahkamah," katanya ketika berucap di sini tadi.
Loading...

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "KEBANGKITAN BERMULA ?"

Posting Komentar