Loading...
Oleh: Ayman Rashdan Wong
Pemilihan Rodrigo Duterte sebagai presiden Filipina seolah-olah akan menamatkan status Filipina sebagai konco US. Beliau buat kejutan dengan panggil Obama “nokharom” dan suruh Obama “pergi mampuih”, dan merancang untuk melawat China dalam masa terdekat. Filipina dan China yang bertelagah pasal hak milik Spratly nampaknya akan berdamai. Disebabkan China dan US saling dengki, tindakan Duterte dilihat akan menamatkan dasar “pro-US, anti-China” yang diamalkan oleh Benigno Aquino III. Namun pada dua tiga hari yang lepas, Duterte menegaskan bahawa hubungan pertahanan dengan US masih kekal, walaupun beliau tidak berhasrat untuk menyertai latihan bersama.
Kenapa Duterte tidak konsisten? Sampai kerajaan US (melalui Daniel Russerl) pun tertanya-tanya apa lagi Duterte mahu? Ada orang anggap Duterte seorang yang mental. Sebenarnya, dalam arena hubungan antarabangsa, pemimpin yg mental pun akan jadi waras, sebab ia berkaitan dgn soal hidup dan mati negara. Dalam pengajian hubungan antarabangsa, terdapat satu istilah untuk tindakan Duterte, iaitu “HEDGING”.
Dalam menghadapi kuasa-kuasa besar, negara boleh memilih untuk “balancing” (menentang kuasa besar) atau “bandwagoning” (menuruti kuasa besar). Kalau negara tak kuat untuk menentang kuasa besar yang dianggap ancaman, maka negara akan menubuhkan perikatan ("alliance") dengan negara lain. Kedaulatan Filipina terancam dengan keagresifan China, namun Filipina tidak mampu untuk menghadapi China berseorangan, ASEAN pula bukan sebuah pakatan ketenteraan. Jadi Filipina terpaksa untuk menjalin perikatan dgn US (dah lama wujud tapi dinaiktaraf pada tahun 2014) demi mempertahankan Spratly daripada ancaman China. US pun bagi sokongan, kononnya US ni mempertahankan “kebebasan laut”, padahal US cuma cari alasan untuk menyekat pengaruh China di Asia.
Kenapa Duterte tidak meneruskan dasar pro-US Aquino? Kerana dalam semua hubungan perikatan dengan kuasa besar, negara-negara kecil akan berhadapan dua risiko: perangkapan (“entrapment”) dan pembuangan (“abandonment”). Perangkapan berlaku apabila negara-negara kecil terperangkap dalam permainan kuasa-kuasa besar yang tidak memberi manfaat. Dalam kes hubungan perikatan Filipina-US, matlamat Filipina hanya satu iaitu mempertahankan Spratly. Tapi US mempunyai matlamat yang lebih besar iaitu menyekat pengaruh China dalam semua aspek. Pada zaman Perang Dingin, ramai negara sanggup jadi konco-konco US sebab US bukan sahaja menawarkan faedah ketenteraan malah faedah ekonomi. Tapi hari ini US tidak lagi memonopoli kuasa ekonomi. Banyak faedah yang US tak dapat tawarkan tetapi China mampu tawarkan. Pada 2015, Filipina mengalami dilema sama ada nak menyertai AIIB atau tidak. AIIB ialah sebuah bank yang ditubuhkan oleh China untuk memberi pinjaman kepada negara-negara membangun. US melihat AIIB akan memperkuatkan pengaruh China, jadi US cuba membujuk konco-konconya untuk tidak menyertai AIIB. Jepun, konco setia US di Asia, memilih untuk tidak menyertai AIIB. Konco-konco lain seperti Australia dan Korea Selatan iman tak kuat, menyertai AIIB. Aquino fikir punya fikir, akhirnya Filipina menyertai AIIB juga pada Disember 2015. Filipina tak sanggup menyinggung China hanya kerana nak jaga hati US. China merupakan rakan dagang terbesar Filipina, sebanyak 1/4 perdagangan luar Filipina adalah dengan China. Ketegangan dengan China yang berterusan hanya akan merugikan Filipina. Jadi, Filipina tidak mahu terus “terperangkap” dengan hubungannya dengan US.
Risiko kedua ialah pembuangan, iaitu menjadi anak buangan US. Duterte tidak mampu meneruskan dasar Aquino kerana kerajaan baru US tidak semestinya akan memberi komitmen yang sama seperti kerajaan Obama. Obama mempunyai strategi “Pivot to Asia” yang fokus terhadap Asia. Tapi Trump dan Clinton tidak. Trump ugut bahawa US akan menarik diri daripada perjanjian-perjanjian perikatan di Asia Timur, manakala Clinton dijangka akan mengutamakan Timur Tengah daripada Asia. US sememangnya mempunyai rekod cemerlang dalam membuang rakan se-perikatannya di Asia: Vietnam Selatan dan Taiwan ialah contoh mangsa pembuangan US apabila US tidak menunaikan janji untuk mempertahankan mereka.
Jadi, terpaksalah Filipina untuk “accommodate” China dan meredakan ketegangan dgn China. Namun begitu, jurang kuasa di antara Filipina dan China adalah teramat besar, akomodasi hanya akan menyebabkan dominasi China dalam hubungan tersebut. Bayangkan, anda berunding dengan orang yang berpistol dalam keadaan tangan kosong, adakah dia mahu melayani permintaan anda? Itu situasi Filipina. Untuk mengelakkan dibuli China, Filipina tidak memutuskan hubungan dgn US sepenuhnya. Jaminan US tetap dikekalkan sebagai “contingency plan”, dan pada masa yg sama ia dapat meningkatkan “leverage” dlm rundingan dengan China. Strategi begini lah yang dinamakan “hedging”.
Dalam pengurusan kewangan, “hedge” ialah satu taktik melindung nilai aset dengan melabur dalam dua aset yang mempunyai korelasi negatif (maksudnya, apabila A naik, maka B turun. Sebaliknya apabila A turun, maka B naik). Jadi, sekiranya nilai aset A jatuh di luar jangkaan, keuntungan dalam aset B dapat “offset” kerugian dalam aset A. Memakai analogi yang sama, Filipina mengharapkan pulangan positif daripada “pelaburan” dlm hubungannya dgn China, namun sekiranya berlaku perkara luar jangka (tertiba China nak menakluki Spratly), hubungan dengan US menjadi “backup”. Begitu juga dalam hubungan Filipina dengan US. Sekiranya US nak meninggalkan Filipina, Filipina yang telah berdamai dgn China tidak akan menghadapi “hostility” daripada China. Bunyi macam talam dua muka, tapi itu lah realiti dalam hubungan antarabangsa. Yang pasti, US bukan lagi adikuasa (“superpower”) dunia yang boleh “dictate” tindak tanduk negara seperti dahulu. Dan pada masa yang sama, US masih diperlukan negara-negara kecil sebagai “contingency plan”. Singapura, Malaysia, Indonesia, Thailand, Korea Selatan dan kini Filipina semuanya mengamalkan “hedging” melalui dasar luar yang bebas (“independent foreign policy”).
“All politics is local”. Politik domestik juga menyebabkan perubahan halatuju Duterte. Satu kelebihan berkawan dgn China ialah China ni menentang campur tangan negara asing dalam hal domestik negara khususnya yang berkaitan dengan hak asasi manusia. Kempen memerangi dadah Duterte dikritik oleh US dan negara-negara Barat, maka Duterte mengharapkan China untuk “backup” beliau dalam perkara tersebut. Namun, Filipina ialah sebuah negara yg 92% rakyatnya menyokong US dan 43% rakyatnya bertanggapan negatif terhadap China. Ramai elit tentera dan politik Filipina mempunyai contact dengan US. Maka, Duterte tak akan “go too far” dalam hubungan dengan China selagi kuasa politiknya belum kukuh. Duterte perlu hati-hati untuk tidak mengulangi nasib Sukarno yang cuba mengamalkan dasar luar “bebas aktif” dengan “mendayung di antara dua karang”.
Loading...
0 Response to "Kenapa Presiden Filipina "MENGILA" BERANI Belakangkan Amerika?"
Posting Komentar