Loading...

KERAJAAN NEGERI SEPATUTNYA BUAT LAPORAN POLIS SEBAB MENGHASUT

Loading...

Ceroboh tanah: Parti politik tidak perlu campur
Datuk Mohd Amar Nik Abdullah
Datuk Mohd Amar Nik Abdullah

KOTA  BHARU - Kerajaan Kelantan memberi amaran kepada mana-mana pihak supaya tidak mempengaruhi Orang Asli berhubung isu milikan tanah dan pembalak di Gua Musang yang boleh mewujudkan provokasi negatif kepada pihak yang terlibat.

Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, campur tangan parti politik termasuk badan bukan kerajaan (NGO) tidak wajar kerana perkara ini melibatkan isu pentadbiran dan masyarakat.

“Jika mereka benar-benar hendak membantu sepatutnya pihak terbabit datang sendiri bertemu kita (kerajaan negeri) dan membuat rundingan memandangkan soal pembalakan di  Hutan Balah Gua Musang berlesan dan ia tidak menjadi masalah kepada kerajaan negeri menjalankan projek terbabit di kawasan berkenaan.

“Cuma soalnya perkara ini berlaku mungkin disebabkan salah faham dan wujud unsur hasutan daripada pelbagai pihak yang menyebabkan Orang Asli bertindak dan mendakwa kawasan mereka diceroboh,” katanya kepada media selepas mempengerusikan mesyuarat Exco, di sini, hari ini.

Mohd Amar berkata, pihaknya menyerahkan isu terbabit kepada pihak polis untuk siasatan lanjut di samping campurtangan Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakao) bagi mengadakan perbincangan berhubung situasi itu.

“Kita serahkan kepada polis memandangkan dari laporan yang kami terima wujud unsur hasutan kepada pihak Orang Asli dan Jakao sebagai orang tengah mewakili kerajaan negeri.

“Bagi saya ini hanya salah faham memandangkan secara asasnya pembalakan di kawasan terlibat dijalankan secara berlesen dan berharap isu ini dapat diselesaikan secara baik,” katanya.
Loading...

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "KERAJAAN NEGERI SEPATUTNYA BUAT LAPORAN POLIS SEBAB MENGHASUT"

Posting Komentar