Loading...
Dedah rahsia kerajaan, langgar sumpah kerahsiaan
Tan Sri Pandikar Amin Mulia
KUALA LUMPUR- Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia menegur sikap ketidakbertanggungjawaban beberapa bekas menteri yang juga ahli parlimen kerana didakwa mendedahkan maklumat kerajaan termasuk melanggar sumpah kerahsiaan.
Beliau mendakwa perkara-perkara yang diucapkan oleh Ahli Parlimen Pagoh, Tan Sri Muhyiddin Yasin; Ahli Parlimen Tambun, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah dan Ahli Parlimen Semporna, Datuk Seri Shafie Apdal dalam sesi perbahasan lalu adalah maklumat yang diperoleh ketika berada di dalam kabinet.
Pada sesi perbahasan Bajet 2017 baru-baru ini, ketiga-tiga ucapan pemimpin itu telah menyentuh mengenai dakwaan skandal 1MDB.
[ARTIKEL BERKAITAN: 1MDB: 'Ketika jadi menteri tidak bantah']
Dakwa Pandikar lagi, tindakan ahli parlimen itu mendedahkan maklumat sulit kepada umum adalah perkara yang melanggar sumpah ketika dilantik sebagai menteri di dalam Kabinet.
"Sedangkan ketika mengangkat sumpah lantikan itu, seseorang individu telah dimaklumkan bahawa tidak boleh menzahirkan kepada sesiapa mengenai perkara yang diketahui ketika memegang jawatan penting.
"Mereka telah mencemar prinsip dan integriti, "katanya dalam satu sidang media, di sini, semalam.
Jelas Pandikar, apa yang disebut dan diperoleh mereka adalah pada ketika menjadi menteri, kerana ada disebut kelulusan dan keputusan kabinet. Itu adalah informasi yang diperoleh di dalam kabinet, yang tidak sepatutnya didedahkan," katanya.
Beliau berkata, sebagai Yang diPertua Dewan Rakyat, beliau hanya boleh mengingatkan tindakan itu, sekiranya terbukti boleh disiasat di bawah Akta Hasutan dan Peraturan Mesyuarat 3612.
Sementara itu, Pandikar juga turut mengingatkan ahli parlimen agar sentiasa menjaga adab dan menghormati parlimen.
Kelmarin, sidang Dewan Rakyat kecoh apabila berlaku perang mulut antara Speaker dan ahli parlimen Segambut Lim Lip Eng yang akhirnya Lim diarah keluar daripada sidang itu.
Loading...
0 Response to "LANGGAR SUMPAH"
Posting Komentar