Loading...
Admin JOHOR Southern Tiger TELAH MEMADAMKAN post yang mendakwa Sultan Johor menolak untuk jadi YDP Agong bagi memberi laluan kepda Sultan Kelantan.
Mungkin mereka ingat rakyat Malaysia ini bodoh dan mudah diperbodohkan.
Berikut merupakan kaedah sebenar pemilihan:
Pada kebiasaannya, Raja yang paling kanan dari segi pemerintahan hendaklah dipilih. Namun Peraturan ini tidak lagi digunapakai selepas semua Raja dari negeri-negeri telah dipilih menjadi Yang di-Pertuan Agong. Pusingan ini berakhir selepas Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak dilantik sebagai Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong IX
Pada kebiasaannya, Raja yang paling kanan dari segi pemerintahan hendaklah dipilih. Namun Peraturan ini tidak lagi digunapakai selepas semua Raja dari negeri-negeri telah dipilih menjadi Yang di-Pertuan Agong. Pusingan ini berakhir selepas Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak dilantik sebagai Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong IX
Selepas itu senarai baru yang dikenali sebagai senarai yang disusun semula dandigunapakai sekarang adalah berpandukan kepada kekananan negeri yang rajanya telah dipilih menjadi Yang di-Pertuan Agong (Yang di-Pertuan Agong Pertama hingga Kesembilan) mengikut Jadual Ketiga Perlembagaan Persekutuan
Oleh itu, proses pengundian sepatutnya adalah untuk memilih Sultan Kelantan. Jika Sultan Kelantan mendapat 5 undi maka akan dilantik sebagai YDP Agong.
Agak pelik, apabila kenyataan Admin JOHOR Souther Tiger seolah-olah menyatakan pengundian dibuat terhadap Sultan yang lain pula.
(Dalam bahasa mudah orang kampung, proses memilih seumpama hendak pilih menantu, katakan jika kuasa memilih terletak pada 9 orang iaitu ayah, mak, mak sedara, pak sedara, abang sulung, abang tengah, kakak, adik 1 dan adik 2. Si "Bakal Menantu bernama Ali" di bawa kehadapan pihak memilih, jika 5 orang daripada 9 itu setuju, maka Ali akan dipilih, jika kurang daripada 5 yang memilih, maka Ali ditolak sebagai menantu. Jadi tidak timbul soal pengundian terhadap orang lain selagi pemilihan Ali belum selesai. Malah agak kelakar jika menyatakan Ali dapat jadi menantu disebabkan Brahim tolak tak nak jadi menantu. Nama Brahim tak pernah timbul dalam soal ini)
p/s: Pemilihan YDP Agong TIDAK sama dengan pemilihan Pengerusi Persatuan Kompang Kampung Felda Medoi. Sapa nak calonkan angkat tangan dan bagi nama. Bila dah dicalonkan, Brahim, Mail, Ali sila keluar bilik sebab nak ngundi. Keputusan Brahim dapat 100 undi, Mail dapat 50 undi, Ali dapat 150 undi, maka Ali jadi Pengerusi.
Loading...
0 Response to "[LEPAS DIKECAM] AKHIRNYA FB JOHOR Southern Tigers PADAMKAN post Dakwa Sultan Johor TOLAK jadi AGONG"
Posting Komentar