Loading...

MASIH KABUR

Loading...
Keputusan semakan kes Anwar ditangguh
Anwar Ibrahim
Anwar Ibrahim

PUTRAJAYA - Mahkamah Persekutuan sebentar tadi menangguhkan keputusan semakan  yang dikemukakan bekas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap sabitan bersalah dan penjara selama lima tahun kerana kesalahan meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Panel lima hakim Mahkamah Persekutuan yang dipengerusikan Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin  menangguhkan keputusan itu selepas selesai mendengar hujahan yang dikemukakan Datuk Seri Gopal Sri Ram dan hujahan balas oleh pendakwa raya Datuk Ahmad Kamal Md Shahid.

Korum itu turut dipengerusikan Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin; Tan Sri Richard MalanjumTan Sri Hasan Lah; Tan Sri Abu Samah Nordin;  dan Tan Sri Zaharah Ibrahim.


Selain Ahmad Kamal, pasukan pendakwa raya dibarisi Awang Armadajaya Awang Mahmud, Wan Shaharuddin Wan Ladin, Tengku Amir Zaki Tengku Abdul Rahman dan Zhafran Rahim Hamzah.

Anwar pula diwakili peguam, Datuk Sri Gopal Sri Ram, N Surendran, R Sivarasa, Sangeet Kaur Deo, J Leela dan Latheefa Koya.

Semakan itu merupakan usaha kedua  Anwar supaya dibebaskan daripada tuduhan  meliwat selepas Lembaga Pengampunan yang bermesyuarat pada 16 Mac tahun lalu, menolak petisyen pengampunan Anwar dan menyatakan hukuman penjara lima tahun terhadapnya perlu diteruskan.

Anwar memfailkan semakan itu mengikut Aturan 137 Kaedah-kaedah Mahkamah Persekutuan 1995.
Loading...

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "MASIH KABUR"

Posting Komentar