Loading...
Bersih 5 gagal di Muar sebab disekat baju merah
Jelajah Bersih 5 terpaksa dihentikan ekoran dihalang oleh sekumpulan Baju Merah ketika di kampung Sarang Buaya, Muar.
MUAR - Konvoi Jelajah Bersih 5 Johor yang dijadualkan ke Muar pada hari ini terpaksa dibatalkan selepas didakwa disekat oleh sekumpulan peserta Baju Merah.
Ketua Sektor Seksyen 2 Bersih 5 Johor, Samudin Kambali berkata, kumpulan Baju Merah yang terdiri daripada kira-kira 10 individu itu dikatakan telah menunggu dan menyekat kedatangan mereka ketika tiba di kampung Sarang Buaya, di sini.
“Dengan demikian, konvoi jelajah Bersih 5 pada hari ini terpaksa dibatalkan atas faktor desakan oleh beberapa individu kumpulan Baju Merah. Tindakan ini terpaksa diambil kerana kami tidak mahu ada peserta konvoi yang terlibat di dalam pergolakan atau pergaduhan.
“Justeru itu, saya dengan rasminya sebagai Ketua Sektor Seksyen 2 Bersih 5 Johor membatalkan program jelajah petang ini dan keputusan yang diambil ini juga telah pun dibincangkan di peringkat pusat,” katanya.
Bagaimanapun, menurut Samudin, program Pidato Perdana Bersih 5 yang dijadualkan berlangsung di Pekan Parit Bakar malam ini akan tetap diteruskan dengan penganjuran ceramah daripada Pengerusi Bersih, Maria Chin Abdullah dan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Terdahulu, hampir 100 buah kenderaan yang menyertai konvoi jelajah tersebut terpaksa berpatah balik ke Batu Pahat selepas didakwa disekat oleh kumpulan baju merah berkenaan.
Loading...
0 Response to "MATLAMAT BERCAKAP TERCAPAI JUGA"
Posting Komentar