Loading...
Akta 355: MCA desak DAP nyatakan pendirian
Datuk Seri Liow Tiong Lai.
KUALA TERENGGANU - MCA mendesak DAP menyatakan pendirian berhubung Rang Undang-undang (RUU) Persendirian pindaan Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau Akta 355 yang dibentangkan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, persoalan itu timbul kerana sehingga kini, tiada pendirian jelas dinyatakan DAP berhubung perkara itu.
“MCA dah nyatakan pendirian untuk tidak menyokong usul dibentangkan itu, apa pula pendirian dan tindakan DAP untuk menyekat Hadi daripada mengemukakan usul ini kerana mereka dulu pernah ‘bersekongkol’ bersama dalam satu pakatan,” katanya selepas Majlis Perasmian Konvensyen MCA Terengganu, semalam.
Tiong Lai turut mempersoalkan hubungan antara DAP dan Pas yang sebelum ini pernah diisytiharkan putus, namun dilihat masih bersama.
Malah katanya, DAP sehingga kini masih berdiam diri dan hanya berselindung di belakang serta hanya tahu menuding jari kepada MCA dan parti lain, sedangkan DAP tidak lantang dalam soal itu.
Ditanya mengenai terkini pendirian MCA terhadap RUU itu, katanya, beliau masih tegas dengan pendirian untuk menolak usul yang dikemukakan itu.
Loading...
0 Response to "MCA TETAP TOLAK"
Posting Komentar