Loading...
Rafizi diperintah bayar ganti rugi RM200,000
KUALA LUMPUR - Naib Presiden PKR, Mohd Rafizi Ramli hari ini diperintahkan membayar ganti rugi RM200,000 kepada Pengerusi Eksekutif National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFCorp), Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail dan syarikatnya kerana memfitnah mereka berhubung pembelian hartanah di KL Eco City, Bangsar di sini.
Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Azizul Azmi Adnan membuat keputusan itu selepas membenarkan saman Mohamad Salleh dan NFCorp terhadap Mohd Rafizi, yang merupakan defendan pertama.
Azizul memerintahkan Mohd Rafizi membayar ganti rugi RM150,000 kepada Mohamad Salleh dan RM50,000 kepada syarikatnya.
Mahkamah turut memerintahkan Mohd Rafizi membayar kos sebanyak RM100,000 kepada plaintif (Mohamad Salleh dan NFCorp).
Bagaimanapun, mahkamah menolak saman Mohamad Salleh dan NFCorp terhadap Malaysiakini, yang dinamakan sebagai defendan kedua, dan memerintahkan plaintif membayar kos sebanyak RM50,000 kepada portal berita berkenaan. - Bernama
Loading...
0 Response to "MENGAPA SUKA BUAT FITNAH ? APA UNTUNG ?"
Posting Komentar