Loading...

Menteri Jarakkan Diri Setelah Geng Baju Merah Kantoi

Loading...
Menteri Jarakkan Diri Setelah Geng Baju Merah Kantoi. Seorang lagi menteri kabinet bertindak menjarakkan diri daripada kumpulan ‘baju merah’ yang melakukan kekerasan fizikal kepada peserta BERSIH minggu lalu.

Bagaimanapun, Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Tan Sri Noh Omar berkata kumpulan baju merah itu adalah sebuah NGO dan tidak melibatkan Umno.

“Kalau ini anjuran Umno Selangor saya boleh jawab tapi dia NGO, jadi tak ada kena mengena, dia NGO dia bukan Umno. (Mengenai) baju merah, tanyalah orang baju merah,” katanya.


Menteri Jarakkan Diri Setelah Geng Baju Merah Kantoi. Noh selaku pengerusi badan perhubungan Umno Selangor disoal, mengenai tindakan ketua Umno bahagian Sungai Besar, Datuk Jamal Md Yunus yang mendakwa pihak polis memberi 'layanan istimewa dan luar biasa' terhadap peserta BERSIH 5 yang kini mengadakan konvoi di seluruh negara.

“Ini urusan polis, tugas polis untuk tegakkan keadilan, dia jalankan tugas. Bagi saya kita kena hormati undang-undang peraturan dan menghormati polis,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan Program Perumahan Rakyat (PPR) Lembah Subang 2.

Menteri Jarakkan Diri Setelah Geng Baju Merah Kantoi


Semalam, Menteri Beliau dan Sukan Khairy Jamaluddin Abu Bakar meminta pihak polis mengambil tindakan sewajarnya ke atas kumpulan baju merah yang melakukan kekerasan fizikal terhadap peserta.

Menteri Jarakkan Diri Setelah Geng Baju Merah Kantoi.  Khairy yang juga adalah ketua pemuda Umno berkata beliau tidak dapat menerima apa yang dilakukan itu dan berharap mereka yang di belakang gerakan berkenaan dapat menasihatkan pengikutnya supaya tidak lagi melakukan kekasaran dan keganasan. - Malaysiakini




Iklan
Image

Image




Loading...

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Menteri Jarakkan Diri Setelah Geng Baju Merah Kantoi"

Posting Komentar